Perjalanan Jauh Selama 6 Jam Dalam Keadaan 36 Weeks.

Assalammualaikum. Saya nak tanya. Sekarang ni kandungan saya sudah 34 minggu. Saya tinggal di tempat suami. Ni anak pertama. Saya & suami memang sudah merancang untuk saya bersalin di tempat saya sendiri. Perjalanan dari tempat suami ke tempat saya tu memakan masa selama lebih kurang 6 jam. Kalau diikutkan hati, saya mahu saja balik awal. Tapi ibu saya cakap, hujung bulan September baru dia ambil saya & suami menggunakan kereta. Kandungan saya berusia 36 minggu lebih ketika ibu saya mahu mengambil saya nanti. Saya rasa serba salah, sebab setiap kali saya cakap kat ibu saya yang saya risau, dia akan balas balik, fikir yang baik2 saja & tidak akan tu beranak awal. Apa pendapat kalian? Saya cuma risau ketika dalam perjalanan nanti. Adakah selamat untuk berada dalam perjalanan selama 6 jam nanti dalam keadaan kandungan saya sudah 36 minggu lebih? Terima kasih.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

fikir yg baek2 je, sy dari kl ke kedah alhamdulillah okay jaa time 35+ weeks, berenti rnr utk ke toilet je,