Baby ada exzima
assalammualaikum sy nak bertanya kepada ibu2 di dalm ni.. Pernah tak baby korang mengalami penyakit kulit seperti exzima .. Ad tak sebarang cadangan produk yg boleh sy cuba selain dari bawak jumpa doc.. doc cuma bg ubat sapu dn cream.. Tp tidak sesuai dgn kulit ank sy ..


Hye sis Suami saya eczema dari kecik sampai sekarang Anak2 saya memang sejak lahir saya terus pantau jaga kebersihan, makanan, aktiviti semua… Alhamdulillah anak2 sekarang takda eczema cumanya kulit memang sensitive takleh panas peluh bagai… Tahap eczema setiap orang tak sama… mungkin ubat ni dengan dia sesuai tapi tidak dengan kita… Ubat kulit ni banyak yang steroids tinggi… So saya elakkan beli cream di farmasi… suami saya guna cetaphil dan eucerin alhamdulillah okay cuma kadang2 ja jadi eczema tambahan musim panas ni memang kena betul2 jaga… kalau jadi suami just guna eucerin tu jaa… untuk budak pon boleh rasanya… Dirumah memang tak guna sabun anti bacteria sebab itu paling kena elakkan untuk eczema… Lotion setiap kali lepas mandi, nak tidur memang pakai, anak2 hari2 wajib pakai sunscreen, nak keluar pakai topi, tidur malam kalau bukak Aircond jangan terlalu sejuk nanti buat kulit terlalu kering boleh buat eczema jadi jugak… Kulit kering sangat takleh, berpeluh panas sangat takleh… Kalau outdoor activities anak2 wajib pakai sunscreen pakai topi pakai jacket uv protection… Anak2 saya lepas lahir semua pakai cetaphil tapi sekarang dah besar pakai sabun n lotion baby biasa jaa yang penting lotion pakai selalu… Itu cara saya la sebab nak elakkan guna cream yang tinggi steroids… Kita memang nak anak cepat sembuh tapi kesian dorang kesan steroids pada badan anak2 tu even pada kita adult pon tak bagus… Satu lagi cara sis boleh ke klinik atau hospital yang ada buat test untuk tahu kita allergy apa… tak semua orang allergy benda atau makanan yang sama… ada yang boleh makan udang tapi takleh makan sotong… Ada test macam tu sepupu saya ada buat sebab dia eczema teruk… so lepas buat test tu dia boleh jaga makan dengan lebih baik… Good luck sis Moga baby sihat2 selalu
Baca lagi
ibu Aisyah Aaira..