Anak picky eater

Assalam wbt & salam sejahtera mommy2. Okay sape ada masalah anak picky eater? Anak sulung sy pun kategori picky eater juga sebab hanya makanan, buah, sayur & air tertentu je yang dia makan & minum. Nak tau macam mana nak detect dia picky eater atau moody eater? Mommy daddy sila rujuk doktor ya sebab lain anak lain perkembangan mereka. Anak sy masih di awal fasa lagi jadi atas nasihat doktor masalah picky eater dia masih boleh dibendung & dirawat. Bagus ke tidak sebenarnya picky eater ni? Tak berapa baik sebenarnya sebab anak2 takkan dapat nutrien sepenuhnya tetapi kita boleh balance kan pengambilan makanannya agar si kecil dapat nutrien yg cukup. Sy tak pernah halang anak2 untuk makan apa saja. Yes mungkin ada yang tidak setuju tapi ini cara saya agar anak2 sentiasa lengkap segala nutrien dalam pemakanannya. Jika anak tidak mahu makan nasi, sy akan gantikan nasi dengan makanan carbo yg lain seperti spageti, mee, roti dan apa pun makanan carbo yg anak2 suka. Tapi selalunya sy akan masakkan menu kegemaran mereka seperti nasi ayam & nasi lemak. Sy amat menitik beratkan pengambilan sayur dalam makanan mereka seperti carrot, brokoli atau kobis bunga. Anak sulung sy memang suka carrot. Hari2 makan carrot pun tak de masalah. Anak kedua pula memang jenis yang makan apa saja yg terhidang depan mata. Untuk protein agak sukar bg anak sulung kerana hanya masakkan tertentu saje yang jadi pilihan hatinya seperti ikan siakap, salmon, selar & telur. Ayam & daging bukan pilihan utama tetapi jika kena dengan selera baru dia makan. Berbeza dengan adiknya yang apa dijamu itu yang akan dimakan. Tapi jika berada di luar atau ingin ke rumah sesiapa, sy akan sentiasa sediakan bekalan roti atau sandwich sebab anak2 jika dah terlalu suka bermain mereka taknak makan. Jadi penting untuk mommy daddy tau apa makanan kegemaran anak2 supaya kita boleh handle tanpa stress tentang makan minum mereka jika di luar rumah. Masa mereka kecil ni la kita boleh try & error makanan apa yang mereka suka atau tak. Yang patut dimakan atau tak patut. Anak2 sy makan je coklat & lollipop tetapi ada had nya. Sy selalu pesan & didik mereka lepas makan manisan kena banyak minum air kosong & gosok gigi.. Buah kegemaran mereka pisang & snack kesukaan adalah yogurt. Cuma nya walaupun anak2 sy ni ada yg picky eater tetapi minum susu memang wajib pada mereka. Sy akan sentiasa ingatkan mereka untuk minum susu. Alhamdulillah abang dah stop susu botol sejak umur 2 tahun 3 bulan & sekarang bebas dari botol dan minum susu full cream sepenuhnya. Manakala adik sekarang 1 tahun 7 bulan dan masih menyusu badan tapi selang seli dengan susu full cream. Jangan stress ya mommy daddy jika ada anak picky eater. Jangan tengking mereka, jangan marah mereka. Guna kan kreativiti seperti bercerita kepada mereka tentang kebaikkan sesuatu makanan atau kreativiti dalam persediaan makanan. Jangan paksa jika mereka tak mahu atau tak suka. Gunakan pendekatan yang lain seperti tunjukkan video atau cerita mengenai kebaikkan makanan tersebut. Dan yang paling penting sentiasa titipkan doa yang baik2 buat anak2 semasa sediakan makanan mereka. In sha allah. #journalmamy #17July2021 #TAPSuperMom #WaisDanMawa

Anak picky eater
3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

👍