Salam sejahtera puan, tahniah atas kehamilan puan. Untuk makluman anda, gejala loya dan muntah-muntah adalah perkara yang sering berlaku kepada wanita hamil terutamanya dalam trimester pertama. Biasanya gejala ini akan berkurangan apabila usia kandungan semakin bertambah. Buat tempoh sekarang, anda disarankan untuk makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap, perbanyakan minum air putih dan susu. Sekiranya anda mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah yang terlalu kerap atau tidak boleh menerima makanan langsung sehingga tubuh menjadi lemah, sila ke hospital dengan segera.
Awl2 mmg rasa mcm tu