Susu ibu
Assalam semua.. maaf kalau soalan keterlaluan.. saya sangat2 ingin tahu.. nk tnya ibu2 dekat sini.. bolehkan suami minum susu badan isterinya?? Tq

Bolehkah Suami Minum Susu Badan Isterinya? Apakah Hukumnya? Pertama: HUKUMNYA adalah MAKRUH sekiranya boleh memudaratkan penyusuan bayi/anak itu. Bayi/anak itu juga berhak atas susu tersebut kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk bayi, maka jika suami menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada bayi. Kedua: Jika tiada secara kemudaratan terhadap bayinya, maka hukumnya adalah HARUS dan tidak jadi seorang suami itu kepada bayi susuan kepada istrinya walaupun dia terminum/tertelan susu isterinya secara dalam botol/gelas atau secara terus dan tidaklah terbatal hubungan perkahwinan tadi kerana hujah dan dalil penyusuan dari hadith yang mana menjelaskan dan menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas untuk kanak-kanak berusia 2 tahun pertama. https://tanyaustaz.net/hukum-hisap-payudara-susu-isteri/
Baca lagi

