Tips turunkan jaundice
Assalam mommies.. ada tak tips yg berkesan untuk turunkan kuning baby? 😢😢 sedih sgt tgk baby makin kuning😢 tambah2 lg skrg susu badan tgh tak banyak lg.. terima kasih in advance mommies yg share tips❤️

i Baby I ada jaundice around 240 at first — borderline high risk, almost kena warded. Doctor sarankan untuk kerap bagi susu kepada bayi supaya dia berak banyak. So your objective is to banyakkan dia berak sebab itu sahaja cara untuk turunkan jaundice. Banyak berak = jaundice turun. Kekerapan untuk bagi bayi susu adalah setiap 2 jam setiap hari sehinggalah jaundice dia turun di bawah bacaan merbahaya. Maksudnya, kalau bayi awak tidur pukul 2-3 pagi, dan dia dah tidur lebih 2 jam — awak kena kejut dia bangun dan bagi dia susu. Ini based on my experience and nasihat daripada doctor selepas 7 hari bergaduh dengan Jaundice. Congrats on your newborn and enjoy every moment! *my doctor said susu tak kisah badan or formula, janji baby dapat susu but my baby dapat both breast milk and formula (frisolac).
Baca lagi

