Demam Kuning

Baby saya kuning🥲 boleh share tips turunkan kuning dgn berkesan tak ibu2? Ni my first baby, sedih tengok dia duduk bawah lampu, tanpa baju, tanpa penjaga.

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kerap bagi minum susu ibu dan selang seli dengan susu formula setiap 1-2 jam setiap hari. Minumum 8-12 kali. Boleh setkan dekat jam fon supaya tak lupa. Tujuannya supaya baby dapat buang kuning tu melalui air kencing dan tahi. Normalnya warna tahi yang hijau gelap tu akan berubah warna jadi kuning mustard dan ada biji² lemak sikit seiring dengan usia baby. Bilangan pampers pun akan bertambah hari demi hari. Baby kuning biasanya banyak tidur jadi kena selalu kejut dia untuk minum susu. Try tukar pampers dia atau main² dengan pipi, kaki dia. Bagus kalau dia menangis juga untuk kuatkan sistem paru² dia. Ada kesempatan selalu cium, peluk dan bisikkan kata-kata yang positif buat baby supaya berjuang sama². Actually baby faham apa yang kita cakapkan cuma dorang tak boleh respon macam kita. Waktu ni mummy mungkin tak dapat cukup tidur atau berehat sepanjang berpantang dengan baik. Tetaplah jaga pemakanan yang bernutrisi kerana apa yg kita makan akan diberikan buat baby kita. Apa pun jangan pernah putus asa untuk usaha, tawakal dan doakan supaya baby cepat sihat dan sembuh. InsyaAllah amin😊

Baca lagi
VIP Member

slalunya kalau kuning ibu blh warded sekali sbb kita nk df bby.cara nk turunkan kuning ialah kerapkan bg bby minum susu sbb kuning keluar melalui najis