Tips turunkan jaundice

Assalam mommies.. ada tak tips yg berkesan untuk turunkan kuning baby? 😢😢 sedih sgt tgk baby makin kuning😢 tambah2 lg skrg susu badan tgh tak banyak lg.. terima kasih in advance mommies yg share tips❤️

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

i Baby I ada jaundice around 240 at first — borderline high risk, almost kena warded. Doctor sarankan untuk kerap bagi susu kepada bayi supaya dia berak banyak. So your objective is to banyakkan dia berak sebab itu sahaja cara untuk turunkan jaundice. Banyak berak = jaundice turun. Kekerapan untuk bagi bayi susu adalah setiap 2 jam setiap hari sehinggalah jaundice dia turun di bawah bacaan merbahaya. Maksudnya, kalau bayi awak tidur pukul 2-3 pagi, dan dia dah tidur lebih 2 jam — awak kena kejut dia bangun dan bagi dia susu. Ini based on my experience and nasihat daripada doctor selepas 7 hari bergaduh dengan Jaundice. Congrats on your newborn and enjoy every moment! *my doctor said susu tak kisah badan or formula, janji baby dapat susu but my baby dapat both breast milk and formula (frisolac).

Baca lagi

Salam sis . Saya baru 44hari ni . Anak saya kuning jugak . Saya sulam dengan susu fm . Setiap pagi sebelum ke klinik cek kuning . saya mandikan dengan air sejuk + kucai dan sirap . Bagi merah2 sikit . Hari ke 14 turun terus kuning tinggal 70 ja . Setiap hari ada penurunan . Tapi setiap hari ya kena mandikan dengan air sejuk air paip tu . Semoga baby sis turun kuning . Inshaallah cuba ikhtiar ya sis . Jangan giveup . Semoga dipermudahkan segala urusan . Susu badan sis minum air panas bnyak2 ya . Horlick panas ka . Sebelum menyusu minum air panas . Inshaallah susu akan keluar bnyak 🤲🏻

Baca lagi

buat masa ni elakkan dulu mknn yg ada campuran bawang putih, lada hitam, halia & kunyit. Anak sy pun kuning. Lg la mak dgn anak sama² darah O tp lps mak sy masak kat sy tanpa letak bahan² tu alhamdulillah kuning anak nmpk penurunan. selain tu sy bilas anak sy dgn air cap badak tiap kali dia mandi. ada la dlm 4 botol air cap badak jgk sy guna. last sekali bnykkn bagi susu kat baby. masa baby sy dlm wad hari tu nurse pesan siap² kat sy kalau susu badan sikit campur² dgn susu formula utk bagi kat baby. kita nk bagi baby bnyk kencing & berak.

Baca lagi

kalau tnga amik jamu please stop dlu ya , tu antara punca baby kuning tinggi , sy ckp berdasarkn pengalaman , kalau susu masih blom ckup supply please positive kn diri and keep on bagi je sekerap yg blh inshaAllah susu lama lama akn bnyk . cuba jga amik milk booster, jgn stress ok . minum air ksong kena bnyk . inshaAllah moga membantu , kalau sy salah sorry .

Baca lagi

guna kelapa muda kuning utk mandikan anak.. sbelum beri mandi,jiruskan air kelapa muda kuning kat badan anak.. slepas itu mandikn mcm biasa.. kalau susu bdn sis kurang xpe.. sis direct bf mcm biasa cmpur dngn susu formula.. utk cepatkn lagi kurangnya kuning.. yg penting sis jngn stress2 & happy smasa bpantang.. supaya susu badan meriahhh..

Baca lagi

Wslm sis, saya campur susu formula and susu badan. Kena kerap bagi dia susu. Setiap 2 jam kejut dia bangun and paksa minum susu biar dia kerap kencing and berak. Semoga anak sis cepat sembuh ya. Anak sy pun dh ok dah. Tk kisah susu formula brand apa janji jaga waktu susu.

TapFluencer

usaha cari daun bunga melur…masak sehingga mendidih dan mndi kan air tdi bagi suam2 kuku….amalkan sehingga hilang kuning baby…anak sy hari k4 bebas kuning sedangkan darah kmi berbeza ibu jenis darah O anak B

Waalaikumsalam .. campur susu formula sis kalau susu badan x byk .. supaya baby kerap kencing dan berak .. baby saya pun baru lahir kena kuning jgk, skrg alhamdulillah okay sdh

Anak sy 3 hari je berulang ke kk,kena bagi dia minum susu cukup,kerap berak..baby sy kerap berak tadi hari ke3 checkup,tinggi dia dah turun ke 4.9

campur susu badan dgn susu fm. saya buat 2x susu bdn, sekali susu fm. baby berak banyak. so kuning cepat trun.