Nak tambah susu
Assalam ibu2, susu coklat boleh tambahkan susu badan ke? Selain tu, susu apa yg effective utk increase suau badan?

Soalan ni tak tau nak jawab. Sebab tak juga susu sahaja menghasilkan susu yg cukup. Boleh je nak minum susu, cuma pilih lah susu yg tak banyak tambahan itu ini yg menjadi kan kandungan gula dlm susu tu tinggi. Dah la susu tu sendiri ada gula (lactose), ditambah lagi gula tambahan seperti maltodextrine. Coklat pun ada gula tersendiri, tak ingat istilahnya. So, jika puan tak glucose intolerance, minumlah apa jua susu jika perlu. Jika nak jaga kandungan gula pilih lah kandungan gula tak tinggi. Boleh rujuk jadual nutrisi pada label produk susu. Maaf lah ya. Saya banyak pot pet pasal gula sebab saya dulu peminum susu. Lepas bersalin, saya pre diabetes, saya dah tak minum susu kecuali susu soya unsweetened. Bagi saya untuk menghasilkan susu Ibu yg mencukupi (saya tak suka guna banyakkan susu ibu sbb jika banyak, susah nak uruskan😁), susukan anak bila anak nak susu, anak kerap nak susu pun lagi bagus. Elakkan stress. Be a happy mom Makan makanan lengkap nutrisi dan tambah 500 kalori drpd keperluan kalori wanita biasa. Bersenam.
Baca lagi


