gugurkan kandungan

Assalam hai . Ade tak mommies yg pernah gugurkan kandungan kerana anak masih kecil dan menyusu...bekas czer masih sakit dan masih baru and... Tak ready dari segi kewangan mental dan fizikal....help me...I need your advise I done with my istikarah that I dont want this baby :(

48 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumussalam.. Saya simpati dengan puan.Ini sekadar pendapat saya : 1) Dapatkan pandangan tentang hukum menggugurkan kandungan daripada mereka yg arif dalam hal agama. Saya ada tengok dekat YouTube ustaz azhar Idrus ada bagi ulasan tentang ni. 2) Dapatkan pandangan daripada doktor samada kandungan ni berisiko atau tidak memandangkan puan mengatakan sakit Ceaser masih belum baik 3) Berjumpalah dengan kaunselor psikologi di hospital dan dapatkan kaunseling keluarga daripada mereka. InsyaAllah mereka boleh membantu memberikan pendapat dari segi sokongan emosi kepada puan. 4)Jika puan berubah fikiran dan ingin meneruskan kandungan (jika tidak mengancam nyawa ), Alhamdulillah. Redha dan Bersangka baiklah dengan setiap apa yang Allah tetapkan. InsyaAllah besar ganjaran untuk orang yang redha akan ujianNya..jika bukan sekarang pasti suatu hari nanti..Siapa tahu anak itulah yang akan menjadi saham kita di akhirat nanti.. Wallahualam. Maaf kalau saya ada mengguris hati puan dalam memberi pendapat.Saya doakan semoga urusan puan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki InsyaAllah.

Baca lagi
5y ago

Alhamdulillah terima kasih atas nasihat dan pendapat . :)