Hi mommy semua

Ape perlu buat jika dh thu pregnant? Terus pergi klinik ke atau tgu 10-12 weeks dlu?#firstmom #firstbaby

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh pg klinik swasta & scan...boleh juga minta ubat kuat rahim dari dr. (duphaston). Jangan skip makan folic acid juga... boleh terus booking tarikh untuk buka buku ibu mengandung dekat KK. Tapi kalau ke klinik hospital swasta, semua ni mereka akan buatkan & automatik dapat buku ibu mengandung. Mcm saya 9thn tunggu kandungan pertama. 1st pregnant lambat bertindak & lambat makan ubat kuat rahim, saya keguguran masa baby 8minggu. Terus cuci & Dr pesan kalau pregnant semua jumpa dia untuk ambil injection kuatkan rahim. 2nd pregnant saya terus buat apa yang patut...pergi hospital swasta untuk dapatkan suntikan kuat rahim... Alhamdulillah Dr. bagi tau kali ni kandungan nampak lebih kuat & Dr. cuma beri duphaston sahaja, tak perlu ambil injection. Dalam masa yang sama saya buat temujanji juga dengan klinik kesihatan. Alhamdulillah pertama kali dapat dengar degupan jantung bayi yang berada di dalam rahim saya... moga dipermudahkan segala urusan kita semua...

Baca lagi

hi.. misi here.. tggu dulu 8/9 minggu then buat scan dekat swasta.. dah dpt gmbr scan simpan.. then call klinik terdekat utk book appoitmnt.. kita akan bagi tarikh appoitmnt masa kandungan sudah 11-12 minggu..time dtg tarih appoitmnt boleh bawak ic, gambar scan, bill air (utk comfirm kan alamat), sijil/kad nikah dan buku pink lama (kalau ada)

Baca lagi

sis download app dia akan suruh masukkan tarikh last period..da masuk 6 weeks sis pergi klinik swasta untuk confirmkan..dorg akan buat test n scan..akan nampak kantung..da masuk 9 weeks doctor akan suruh dtg scan heartbeat.boleh call kk terdekat ckp nk buat buku pink..nurse kk akan bg tarikh untuk dtg bila da masuk 12 weeks.

Baca lagi
2y ago

lpas da check heartbeat kat klinik swasta baru call kk baru nurse bg appoinment untuk datang bila da 12 weeks.

Mcm sy pun baru preggy 6w. After buat research tunggu la time 8w baru pergi scan. Kalau tk kena scan banyak kali, duit pun banyak keluar. Scan dkt klinik swasta, then pergi kk untuk buka buku pink. Nanti doc akan bagi tarikh appointment nak buka buku

selalu 8w+ boleh pegi scan dah. kalau terlalu awal biasanya tak nampak lg. saya masatu doc suruh scan awal 7w+ sbb kerap sakit perut risau ectopic. kalau takde sakit apa2 sebaiknya tunggu atas 8w baru scan sbb buka buku pink pun 12w nanti ;)

VIP Member

terus pergi klinik swasta buat scan 2d untuk confirm hamil pastu dah confirm daftar dekat klinik kerajaan trrdekat 😊

VIP Member

Kalau sy tgu 8-9 w dlu , lps tu terus g kk. Kalau g swasta pun boleh, tp kluar sikit la. 🤣

7-8w dis pergi swasta dlu scan,,kalau jumpa bby dgn heartbeat dia boleh da pergi buat buku pink