46 Balas

kalau sy sama2 duk main game dgn asben, Belum ada ank lg. But comingsoon 2weeks je lg 😂😂 Beza asben sy dh berumur sy still 19 so give n take lah tp byk benda dia yg buat sidai baju angkt baju kemas rumah , kdng msak pon. Ada juga kdng dia asyik tgk hp je. Saya perli lah awak ni tgk hp je Kawin dgn sy ke dgn hp? Bru dia letak hp tu. Dia cuma jgn tgok sy leka main hp je dia pun curi2 leka main hp 😂😂 1 je pesanan sy, Jgn biarkan laki maki awk. Macamne pun pertahankan air muka awk maruah awak. Dia siapa nak sialkan awak? Awk ckp dgn dia , makbapak saya tak ajar awk mcmni. dia jgn ajar awk mcmtu. dia mmg suami , Tp untuk merendahkan awak. Dia siapa? Layak? Bersuara sikit. Dahlah selfish buat isteri mcmtu. Ingt maid? Ckp dgn dia, jgn jd typical lelaki yg tkguna. Keje2 ruma tu patutnya dia yg buat kita sbg isteri ni ihsan je sbbtu kita buat. Drpd duk main game tk mendtgkan hasil.

Macam suami saya awal² dapat baby sulung. laki ni kita kena luahkan kat dia heart to heart, face to face. cari masa untuk luah everything kat suami. apa kita tak suka, suka, cari artikel pasal hubungan ayah & anak, tag dia secara private. mintak dia baca. cakap kat suami secara detail apa kena buat. maklumla dorang ni agak bebal sikit bab ni. ohya, mintak jugak suami tak bercakap langsung perkataan² yang tak elok. sempit rezeki dia nanti. plus, banyakkan doa pada Allah semoga suami dibukakan hati untuk ringan tulang jugak. tu pon anak dia jugak kan. best sama², susah pon sama² la ye. semoga mummy kuat, tabah & jangan putus asa, jangan berat mulut nak luahkan apa tak puas hati. nanti makan hati, rezeki family pon sempit. nonono okay. semoga mummy dipermudahkan. doa isteri ni dimakbulkan cepat jugak tau. 💪🥰

Sabar ye sis. Bawa berbincang kalau boleh. Suami sy bkn kaki game tpi dia suka tgk fb pasal kereta. Balik kerja busy buat kereta, bukan mahu tolong jga anak. Padahal sama2 kami bekerja 7-5. Last2 sy tak tahan, sy cakap dgn dia, rupanya dia marahkan sy sbb dia tgk sy dah berubah, ckp dia sy x ikut (ini personal xleh nk bgitau apa), sy suka letak kain merata (ini mengaku mmg silap sy tapi sy selalu rushing nk mandi apa semua sbb anak juga), sy kurg perhatian kat dia lah. Terus terang melalui whatsapp ja sbb kalau depan2 mesti nangis 😂 Alhamdulillah lepas tu kami berbaik. Tak tahulah apa jadi kalau kitorg pendam semua sakit hati. Kepada tt, saya doakan yg terbaik sahaja untuk awak. Harap bila awak dah terus terang, awak dpt apa yg awak nak ☺️

suami sy pon kaki game..mmg ada bilik khas utk game dia.. spnjang sy mgandung ok..kalau mintak tolong apa..urut ka wktu tu dia tengah main game dia akn tinggal skejap..bila dah ok..dia smbung balik main game.. Sekarang dah ada ank..pon..alhamdulillah... buat masa la..boleh bantu sy jaga anak.. sy suri rumah je .. so dia balik kerja ptg ..sy bg dia rest dulu main la game ka apa..cukup jam dia take over jaga ank..sy tidor.. mcm tu la.. lagi pon kami dah puas honeymoon 5taun taun ke 6 baru kami dapat anak.. sy sllu cakap.. kat suami ni "hadiah" Allah utk kita ...so sama2 la kita jaga.. harap tt bertabah la ya.. sy pon boleh hnya mampu cakap bersabar jala dekat sis..sbb sy xduduk tempat sis... harap sis kuat hadapi ujian ni..

Bukan nk ckp tp mostly perkahwinan xdpt kekal lame atas perkara2 mcm ni la..nmpk simple tetapi impak nye besar..isteri makan hati dgn sikap suami, stress urus ank sndirian..andai suami tahu mcm mne besar nye cabaran mngandung, beranak, mnyusu & membesar kn ank mungkin suami xkan buat isteri mcm ni..andai sis kt tmpt awk pn sis xdpt tahan yunk..kalau boleh berbincang, bincang n luah pd suami betapa penat n lelah awak jga ank sorg diri.. klau suami xboleh bwk bincang used another way.. someone yg boleh tegur suami kalau boleh seseorg yg suami respect n dgr hujah nye..sis doakan perjalanan rumah tgga awak kekal bhgia smpai jannah moga ade jln penyelesaian dgn masalah awk suami isteri.. InsyaAllah Allah dgr rintihan hambaNya

Suami sye pun lebih kurang. Skarang tgh sarat mengandung dia skit pun x amik kisah psal sye. Skarang kami stay seperate. Sye tuntut cerai dari dia. Pada sye ade suami jenis mcm ni mmg x guna haha 😂 buat sakit hati je buat ape. Jenis x matang tak thu tanggungjawab and layan bini mcm hamba. Sye kahwin baru setahun lebih dan ni anak pertama kami. Pada sye, biar la sye bela anak ni dari bersuamikan laki yg prangai mcm hape. Dari awal kahwin dok mkan hati tak pernah nye dia nak berubah malah makin worst dari sehari ke sehari. Kita org prmpuan jgn tnjuk yg kita ni bergantung sngat ngan dia. Tnjukkan yg kita leh berdikari. Baru dia takut and tehegeh² nak kat kita balik.

saya tak tawla nak cakap camna..tak tinggal serumah,dok harap ayah sendiri jaga bagi makan apa semua..ni suh belikan barang baby xnak tapi dia lebihkan kereta,kawan dan benda lain..xtaw nak tahan sampai bila..bila mintak duit ade je alasan..

VIP Member

Allahu, dugaan buat awak. Moga tabah. Suami sy jenis yg suka layan live streaming org main games. Walaupun dia tak main games, tp duk layan live streaming tu dia jd macam addicted. Sy geram. Berkali2 sy tegur secara berkias. Tapi dia teruskan jugak. Mungkin tak faham teguran secara kiasan tu. Last2 sy menangis masa nak tidur, sy terus terang cakap sy tak suka dia buang masa layan benda tu. Alhamdulillah nampak la dia cuba slow down & x tgk dh benda tu. Moga berterusan mcm ni. Now sy pregnant, dah ada anak nanti memang plan nak dia yg byk uruskan anak. Supaya dia sibuk dgn tanggungjwb tu, so takde masa nak tgk live streaming bagai.

kalau saya suami malas, saya mmg minta maid seorang. kalau dah x mampu tu sorry suami kena jaga anak la bila dia balik. next time biar je rumah sepah, tak payah masak dan jaga anak saja. nanti karang anak jatuh ke apa time orang tak tengok lagi susah. x perlu hentak2 marah2 bagitau sahaja puan tak ada masa nak masak, kemas, basuh baju kalau kena jaga anak seorang diri 24 jam. lagi baby tujuh bulan dah merangkak sana sini masuk mulut semua benda yg dia jumpa. kalau suami main game 1 jam, puan pun kena ada masa rehat satu jam. saya mmg pemalas jadi suami saya tak expect apa2 pun, jadi puan pun start la jadi pemalas mcm saya ok.

Sayapun sama mengalaminya😭,dari hamil lagi sampai skg perangai tak berubah,tidurpun dia kadang sampai pukul 6pagi baru tidur,sabar saja lah apa boleh buat cakappun tdk guna sudah😣,terlampau kita cakap ,dia cakap kita banyak cerewet😔,banyak bisinglh.gendong anakpun kalau tdk kena cakap buat tak tau saja ,macam buat bujang saja ,apalagi kalau sudah ngan kawan* main game ,paling benci.main game biarpun 24jam no problem,tapi kalau anak menangis kah bukan peduli😣,terlampau makan hati 💔.maaf jadi curhat.tapi bukan kita larang juga dia main game tapi kesalahhannya hanya tidak ingat semua,waktulah,istri ,anak.

Dunia dah akhir zaman, macam² dugaan yang datang. Berdoa la pada Allah untuk kebaikan diri kita dan orang yang kita sayang. Mengucap kalau stress beristighfar banyak².. Kalau kita susah cuba kita fikir ade lagi manusia yang lebih susah dari kita. Allah beri kita ujian berbeza². Kita kena bersyukur dengan setiap pekara baik atau buruk yang berlaku dlm kehidupan kita. Hati kena tabah. Jangan terlalu memikirkan masalah. semua org ade masalah masing² .. stress dengan suami tu pekara biasa. doakan suami kita berubah jadi yang terbaik, insyaAllah slow² dia akan sedar kesilapan dia sendiri.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan