Info Pemakanan Bayi

Apa khabar semua..ada beberapa perkara yang saya nk jelaskan di sini. 1. ISU MINYAK. Memandangkan akhir-akhir ni ramai mak ayah tanya tentang minyak zaitun mana yang sesuai untuk dimasukkan dalam makanan anak, saya mula tertanya-tanya adakah mak ayah sebenarnya tahu yang kita boleh je guna minyak masak biasa yang kita gunakan di Malaysia iaitu minyak sawit. Tak kisah jenama apa. Bukan apa,saya risau jika ada mak ayah yang rasa terbeban untuk beli minyak zaitun kerana harganya yang lebih mahal berbanding minyak sawit biasa. Kerana tujuan utama minyak perlu ditambah dalam makanan anak adalah sebagai sumber tenaga yang mudah disamping membantu penyerapan Vitamin larut lemak seperti Vitamin ADEK dan membantu bayi menelan makanan. Di klinik kesihatan, sewaktu pendidikan pemakanan, biasanya kita akan cadangkan minyak sawit untuk ditambahkan dalam bubur nasi anak. Berapa banyak tu boleh rujuk panduan pemakanan dalam buku rekod kesihatan anak ye. Tetapi, jika mak ayah ada bajet lebih untuk gunakan minyak zaitun dan anak suka, maka sila teruskan. 2. ISU NAK BAGI BUBUR KOSONG DULU KE ATAU PURI SAYUR@BUAH. Ok, kalau ikut saranan KKM, kita sarankan bubur nasi sebab ia adalah makanan ruji kita di Malaysia. Eventually, anak kita bila menginjak usia setahun, dia akan mengambil dan ikut gaya pemakanan keluarga dia iaitu dia dah boleh nikmati family foods seperti aneka jenis masakan nasi dan lauk. Kalau karbohidrat utama kita adalah nasi, maka ajarlah anak dengan nasi. Antara sebab lain kita sarankan bubur nasi sewaktu pendidikan pemakanan di klinik kesihatan adalah kerana beras ni setiap rumah samada miskin atau kaya adalah makanan yang wajib akan ada di rumah. Sumber karbohidrat yang murah dan mudah didapati. Rasa bubur nasi yang tawar juga boleh mengurangkan risiko anak menolak bubur nasi berbanding jika puri buah dimulakan terlebih dahulu. Jika mulakan dengan puri buah terlebih dahulu, ambang rasa anak terhadap rasa manis telah lebih tinggi, oleh itu bila diberi bubur nasi yang tawar, sesetengah bayi akan menolak bubur nasi dan menyebabkan sesi pengenalan makanan lebih mencabar bagi ibu bapa. Ada je cerita-cerita daripada mak ayah yang memulakan makanan pertama atau sebulan pertama dengan puri buah@ sayur, apabila mereka kenalkan anak dengan bubur nasi, anak boleh terima dengan baik. Maka bonuslah bagi mereka. Ada juga cerita-cerita mak ayah bila kenalkan anak dgn puri buah@sayur, bila nak kenalkan bubur nasi, anak tidak mahu makan, maka mencabarlah sedikit perjalanan pemakanan anak mereka. Bagi saya, kita pilihlah cara yang lebih rendah risiko anak untuk menolak bubur nasi. 3. ISU TAMBAH BUAH DALAM BUBUR NASI. Buah lebih sesuai sebagai snek sihat. Cth menu usia 8 bln. 3x bubur nasi (8pagi, 12 tghari dan 7malam) + 1 kali buah (4ptg). Namun, jika mak ayah mendapati anak kurang minat untuk makan bubur nasi walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan dan akhirnya menemui jalan dengan meletak kurma cthnya dalam bubur nasi membantu anak makan dengan baik, ya, boleh diteruskan. Tapi, kalau saja-saja letak lebih baik elakkan kerana kandungan vitamin c dalam buah mudah termusnah oleh haba sewaktu proses memasak. Sekian, Nadiy Admin HBFM Nutritionist KKM Kredit : Fb Nadiy binti Isa

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan