Folic Acid

Apa kepentingan folic acid

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya copy paste dr. imelda post. ☺️ . KEPENTINGAN FOLIC ACID DARI SEBELUM HAMIL 🌷 Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplimen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan. Tujuan suplimen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran. Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan. Tujuan utama folic acid suplimen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD). Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak. Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar. Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia. Begitulah kepentingannya suplimen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil. Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat. Nota tambahan: Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplimen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplimen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting. Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari. Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa. ♥️Ada banyak je brand folic acid. Leya makan brand Appeton, trusted brand. Boleh cari kat farmasi atau shopee. 🛒Senarai brand Folic Acid dipasaran ⤵️ Appeton : https://shope.ee/5AGCb0hcky Blackmores : https://shope.ee/1pzkcup2O2 Hovid : https://shope.ee/9eibxLKPOz 21st Century : https://shope.ee/3KoYPimAgC Kredit post : Dr..Imelda Balchin

Baca lagi

Untuk pembentukan baby dalam rahim. InshaAllah fizikal baby semua cukup sempurna ☺️✌️