35 Balas

Expert

Saya pernah ambil maltofer. Cara makan ubat ni kena ambil dua biji sehari. Sebab saya seorang yang sibuk, so saya memang makan pagi sebelum jamah apa-apa makanan. Ni yang doktor sarankanlah sebab hb naik haritu

Cara makan maltofer ialah jika ia dalam bentuk tablet, awk terus kunyah dan telan. Perlu segera minum air sejurus selepas makan. Kalau ambil jenis syrup, jangan guna sudu kerana risau hilang khasiatnya nanti

Untuk hb rendah dan tidak konsisten, cara makan maltofer ni adalah dua biji sehari sis. Kalau saya, kunyah je sebiji pagi dan sebiji malam, Tak kisah pun sebelum atau selepas makan. Jangan tak makan langsung jer.

slpas makn tu jarak brapa lma??

KK penah bg sy obimin, zincofer n now iron tablet....semua ubat KK bg sebenarnya rsa mual n x blh nk telan, so sy telan sebelum tido dgn minum air sunquik tnpa gula...hb sy klau low pun stakat 11.1 je....

Maaf sis saya tak dapat bantu sebab tak tahu apa-apa pasal cara pengambilan maltofer. Masa hamil anak first dulu pun saya just amalkan madu, minyak zaitun and buah kurma je untuk maintainkan hb

Sis saya pun ada amalkan maltofer. Cara makan ubat maltofer adalah sebaiknya diambil semasa perut kosong, namun sis boleh jer ambil bersama sedikit makanan untuk mengelakkan perut tidak selesa.

Entahla awak. Saya tak berapa tahu sangat pasal cara pengambilan maltofer. Takut share nanti karang tak sahih n betul pula. Lebih baik tanya dulu doktor atau orang farmasi tu. Baru lebih yakin

Maaf sis saya tak pernah tahu pulak cara makan ubat maltofer ni. Sebab masa mengandung dulu just ambil asid folik dan pati buah delima je.. Alhamdulillah semua ok dan hb cantik je

VIP Member

Cara makan maltofer ni macam biasa je. Saya pun makan dulu sebab nak tambah darah. 1 biji pagi, 1 biji malam. Nak kemam boleh nak kunyah boleh nak hancurkan then telan pun boleh.

VIP Member

Cara pengambilan maltofer ni kemam dan telan sebelum ambil makanan berat. Saya tak jumpa yang jenis kapsul, ada yang syrup je haritu. aduhai tak boleh nak telan bau hanyir huhu

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan