10 Balas
Saya bersalin kat hsa, Mse kt LR sy request tp tak dpt sebab full, so depends jugak, walaupun dpt ward 3rd,layanan nurse kt wad mmg terbaikk, LR kt hsa byk stok mknn. Bila2 lapo je bole beli situ cuma kena tahan telinga sikit mse kt dlm LR sbb nurse situ garang 🤭. 2x bersalin gituu la. Tp garang2 pun lps bersalin nurse bg air coklat utk tenaga sbb bersalin tgh mlm. Yg penting dgr arahan nurse kt lr, insyaAllah semua akan smooth. Pengalaman jiran2, diorg prefer htar. Tp sbb saya ada history bersalin kt hsa, tu yg pergi situ. Apa2 pun bykkan berdoa semoga jumpa doc dan nurse yg baik2 🤲
alhamdulillah dua kali saya bersalin dekat HSA dan dapat katil kelas 2. saya baru je bersalin 19hb 11 kat situ. layanan nurse dan doktor semua baik sangat². takda marah², takda kerek². even masa kat LR pun elok je layan lembut. siap ada warmer untuk baby lagi kat wad sebab malam terlalu sejuk. bab kelas tu tertakluk pada kekosongan katil. hanya kelas 2 dan 3 sahaja. kelas 1 utk vip/vvip sahaja sekarang.
Boleh request, cuma dapat atau tak dapat ikut kekosongan. Macam saya 1st & 2nd day dapat 3rd class. 3rd day, sister arahkan saya ke 2nd class, saya tak nak, bagi alasan sebab saya ada sinus. Alahan dgn air cond. Selesa ada kipas tanpa air cond. Sister terima alasan saya. Masa tu bulan April, bukan musim bersalin. Jadi wad tak sesak. Syukur. * saya tak request wad apa2.
org awam biasanya upon availability. 3rd class pun dh selesa skrg. lg sng kita nk pi toilet, ada org yg tlg tgk ank kt katil. tang hsptl ni, better pegi yg mana dekat dgn tpt tinggal awk. sbb klu bkn kes emergency, dorg x terima. klu terima pun kena tgu lama utk dpt katil. kesian pd org2 yg mmg tpt bsalin kt situ tp kena queue sbb org dari luar kwsn dtg nk bsalin situ
HTAR PLEASE. Best hospital bersalin fuhhh. 9 hari warded. Nurse doc semua baik. Baik. Wad selesa. Tak crowded ramai ramai. Sebelum bersalin wad tak ada aircond tapi sejukkk. Lepas bersalin ward aircond macam nak kena maki sebab sejuk sangat 🤣. 5 hari before bersalin 4 hari after. Nak tunggu katil pun tak sampai 30 minit yaaa haha
Htar.. No 2 sampai no 5 bersalin sana.. Best.. No 5 emergency czer.. Doktor pakar tu jahit.. Cantik sgt. Sampai masa mengandung no 6 pegi kk checkup kena tgk betul2 parut tu baru nampak.. No 6 Try HSA.. Adoi sakit pinggang dok kat ruang labour room tu.. Sbb x de katil🤣🤣
blh request wad tp bergantung dgn kekosongan wad pada masa tu. better pegi hospital yg berdekatan dgn rumah senang. masa nk daftar wad tu nnt blh ckp nk wad klas brapa. tp harga nnt berbeza la
hospital kerajaan tak kisah siapa pun.. boleh je request..asal ada kekosongan..kos berbeza-beza mengikut hospital..tapi tak mahal sangat pun.
HTAR... the best hospital eva... ada bangunan khas utk bersalin.. KRIBA.. Sy xprefer HSA sbb sy ade pengalaman pahit kt sane.
Kenapa sis? Ce citer sikit?
Mengikut Pengalaman saya better HTAR. Sebab saya ada Pengalaman tak best di HSA.
MFA❤️