Jeluak susu
Anak sy 3 bulan 10 hari. Jeluak susu ni sbb apa ya? Adakah hanya sbb bby tak disendawakan shj?? Sbb bila bby sy jeluak susu je mesti org ckp bby x disendawakan. Anak sy kadang dah sendawa, tp dalam beberapa minit ada la jeluak susu sikit2. Kot cara pegang bby pun main peranan juga? Sbb bagi tekanan kat perut ke apa. #ingintahu #firstmom
entah lah wak.. saya kedua² baby saya muntah bila saya bagi susu badan dekat sebulan juga saya bagi tapi masih muntah.. selepas muntah dia akan kembung perut.. tapi bila bagi susu formula tak juga dia muntah dan kembung perut.. ibu saya pula cakap mungkin alahan susu.. @ susu badan saya tak sesuai dengan baby.. jenuh juga saya cuba setiap kali cuba begitulah kejadian.. tetap muntah dan kembung perut.. saya cuba smpai baby 1 bulan juga lah.. sebab kesian dengan baby asyik nangis bila perut kembung dan muntah bila menyusu.. saya ambil langkah bagi susu formula.. ada tak ibu lain macam baby saya..
Baca lagiank sy bukan jeluak. dia jenis muntah memancut setiap kali lepas susu. tak kira la susu badan ke fm ke sama je. pernah jugak 2 3 kali keluar ikut hidung. dah sendawa pun still sama je. sebab tekanan kat perut dgn dada pun bagi impak jugak. kan kdg nk mandi, kita akan pgg dada, dia muntah. masalahnya masa dia sebulan, sy bagi 1oz je. jarak 2jam. masa 2-6 bulan 2/3 oz jarak 4jam. tu pun dia muntah. sy tak rasa ni overfeed. dia muntah smpai la dia 6bulan. tapi makin besar makin slow dah muntah tu. semua tips kat tiktok, semua sy buat taknak bagi dia muntah lepas susu, tapi sama je.
Baca lagiterdapat perbezaan antara muntah dan muak susu. Muntah ialah pengeluaran isi perut secara paksaan melalui mulut. Muak susu pula berlaku secara mudah tanpa paksaan dari isi perut ke mulut biasanya bersama sendawa. Muak susu biasanya berlaku pada bayi kurang dari satu tahun selepas menyusu. Sesetengah bayi muak susu atau jeluak setiap kali selepas menyusu. Muak susu dipanggil tindakan reflux gastroesophageal. Ia berlaku apabila gegelang otot atas perut tidak tutup dengan rapat. Muak susu akan berkurangan apabila bayi semakin membesar.
Baca lagicara nak bezakan. muntah dia forceful/memancut & baby akan nampak tak selesa/fussy/nangis. jeluak ni tau2 je meleleh. baby pun tenang je macam tiada apa2 berlaku.
3 bln rse mcm da besar utk baby jeluak susu.. baby sye jluak mse dlm pantang je.. lps tu sye ikut tips yg Dr bg, alhamdulillah da ok.. 1) kne sendawakn baby 2) kne pangku baby dlm 15-20min (tggikn bahagian kepala) bru bley letak baby baring (secara mengiring) klu sis rse ragu2, tyme checkup inform je Dr.. mcm2 sbb bley buat baby jeluak..
Baca lagiOk tq
Anak sy pun sama kuat jeluak sampai risau sy. Dah burp pun masih jeluak. Sy ada refer pakar then pakar cakap normal mmg ada certain baby yg jeluak banyak walaupun dah burp. Apa2 pun refer doctor ya sis utk lebih detail & accurate
Anak saya jeluak sampai 6 bulan. Dah refer paed. Paed kata it could be due to overfeeding or digestive system baby yang belum matang. Nanti checkup baby refer doktor tau. Boleh tanya macam macam, and doctor will explain.
Ok baik. Tq sis
Usus bayi tak kuat lagi tu.. Even kita dah sendawa kan dia, jeluak susu tu normal. Nanti baby dah pandai duduk, kurang dah jeluaknya. Muntah (memancut) tu tak normal.
Baca lagiFaham. Tq 🙂
Sebab overfeed.
overfeeding