Jeluak susu

Anak sy 3 bulan 10 hari. Jeluak susu ni sbb apa ya? Adakah hanya sbb bby tak disendawakan shj?? Sbb bila bby sy jeluak susu je mesti org ckp bby x disendawakan. Anak sy kadang dah sendawa, tp dalam beberapa minit ada la jeluak susu sikit2. Kot cara pegang bby pun main peranan juga? Sbb bagi tekanan kat perut ke apa. #ingintahu #firstmom

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

terdapat perbezaan antara muntah dan muak susu. Muntah ialah pengeluaran isi perut secara paksaan melalui mulut. Muak susu pula berlaku secara mudah tanpa paksaan dari isi perut ke mulut biasanya bersama sendawa. Muak susu biasanya berlaku pada bayi kurang dari satu tahun selepas menyusu. Sesetengah bayi muak susu atau jeluak setiap kali selepas menyusu. Muak susu dipanggil tindakan reflux gastroesophageal. Ia berlaku apabila gegelang otot atas perut tidak tutup dengan rapat. Muak susu akan berkurangan apabila bayi semakin membesar.

Baca lagi
1y ago

cara nak bezakan. muntah dia forceful/memancut & baby akan nampak tak selesa/fussy/nangis. jeluak ni tau2 je meleleh. baby pun tenang je macam tiada apa2 berlaku.