Macam mana nak atasi burnout ni

Anak sejak umur 17 bulan menolak semua jenis makanan. Nasi, nasi berlauk, nasi goreng, mee, pasta semua dia tak nak. Sekarang dia makan roti cicah susu full cream je. Tu je yang banyak dia makan. Oh satu lagi greek yoghurt campur puri buah pun dia makan banyak. Saya guna pisang atau strawberry. Segala benda saya cuba. Ada sekali tu saya buat macaroni sup ayam, banyak dia makan. Ingat dia akan stick to that menu, esoknya saya buat lagi dia taknak dah. Saya ni dahla susah ke dapur sebab dia meraung-raung kalau saya ke dapur. Kalau masak memang kena macam lipas kudung. Dah sebulan dia macam ni. Dan dah sebulan juga lah saya menangis hari-hari. Tak tahu kenapa nangis. Stress kot. Penat sama. Nak buat self feeding saya betul-betul tak mampu. Dalam rumah ni saya sorang je berfungsi. Suami saya membantu memberi "pandangan" je. Haha. Kalau ada orang bantu kemas takpe jugak ni semua benda makan masa, anak pulak selagi boleh tarik kain batik ni selagi tu la dia nak tarik. Haha. Tolong saya mommies. What should I do? Takpe ke menu macam tu je hari-hari? Takde khasiat walaupun kenyang huhu.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sy dlu pom sma pernah stress ank tanak mkn, umur baya2 ank puan lah. . kta klau xde org nk judge mcm" eh kurusnya ank mcm nk nk ckp.kta xbg mkn je " kta tak double stress huhu last2 sy bio je, nk mkn kau mkn xnk sudah tp keep offer lah, variasi kan menu. menu westerm menu kg sgla jenis menu yg sesuai utk dia, buat je. offer je klau dia xnak takyah paksa. bg je ape yg dia nk mkn. mkn sma2 dgn dia stu meja, plg bgus bla bapak dia ad skli sbb ank sy mmg suka pengaruh bapak dia, dia nk mkn ape bapak dia mkn. lama2 dia ok, dh boleh mkn ape kta msak. take time sis, slgi berat normal takde mslah. ye klau dia nk mkn bnd yg xde nutrisi kta nk buat cmne? nk paksa dia? lg buat kta stress, kta sndri org tua klau kta xnk mkn org paksa mngamuk jgk kan? stu tips sy bca aggp ank tu mcm kta cuma dia versi kecik, ltak diri kta dlm situasi ank tu inshaAllah sis ok sikit. maaf ye klau ape sy ckp ni ad menyinggung sis ke ape, ni sy cerita brdsarkn pengalaman sy.

Baca lagi

sye pun dlu mcm tu masa awal2 jd housewife. nk semua bnde siap dlm 1hari. last2 sendiri burnout & stress. husband sye pesan, kerja rumah jgn buat hari2. buat berselang. lipat baju basuh baju vaccum tu buat 2-3hari. cnth hrini basuh baju, lusa lipat, the next 3day kemas rumah pulak. bab husband xnk tlng tu, apa kata sis try xyh lipat/basuh baju2 dia. kalau dia tnya ckp jela xsmpt, or mntk tlng tp xnk buat. "ajar" dia sikit. Hahaha bab makan anak, bg je apa yg dia suka. sesetengah anak ni ada fasa2 makan dia. mcm anak sye sblom ni elok je makan nasi berlauk. tp tbe2 smnggu ni nk makan nasi kosong je tanpa kuah & lauk.

Baca lagi
3w ago

Saya tengok kat fb kata memang tu fasa dia, umur 1-2 tahun macam fasa memilih makan. Tapi tu lah saya risau. Sebelum ni takde masalah makan. Nasi lauk ayam ke daging ke semua beres. Naik 17 bulan terus berubah selera makan dia. Nasi memang totally rejected. Benda lain je dia ok asalkan bukan nasi. Kerja rumah saya tak buat sangat sebab busy kerja. Semua berselang. Laundry seminggu sekali je. Cuma masak dan basuh pinggan memang daily tu yang anak saya jadi kuat melekat. Suami saya tu err malas lah nak fikir haha. Kalau dia takde baju nak dipakai pandai-pandai la dia cari atau beli baru ke. Hahaha.

kadang memang rasa mcm stress sikit bila anak taknak makan susah nak pujuk kadang sampai tak tau dah nk bg makan apa. tp kalau apa yg dia nk makan tu takpe repeat je bg makan benda sama yg penting ada jugak dia makan. saya pon dlu terpaksa cri la supplement untuk selera makan n susu yg boleh bantu tambah zat untuk anak jugak. pastu jgn paksa sgt diri nk settlekan urusan rumah bia je bersepah bila ada masa lapang bru buat. kita kdg2 kena berdamai dgn keadaan memang sakit mata rumah sepah n nak settlekan semua tp kte pon kudrat bukan larat sangat.bila terlalu paksa diri yg jadi burnout

Baca lagi
TapFluencer

mungkin mmg fasa dia sis. anak sy pin mcm tu. klau dia lapar dia mkn nasi kosong, mee kosong, telur rebus, nasi gorwng 2 3 sudu. ayam ikan berkuah mmg lambert lagi. so, asalkan dia mkn. hahaha. kalau lapar lagi dia selongkar rak² cari biskut dan roti. xpun lapar sgt dia duduk sendiri kt meja mkn. haha last2 sy bergantung dgn baby sitter, sana ada ramai kwn so dia makan je. skrg dh 2thn lebih, baru la boleh terima ikan, ayam, sup2 kt rmh.

Baca lagi

anak masih menyusu botol tak? kalau ada, kena jarakkan dengan waktu makan. kalau hari2 menu sama, boring juga anak nanti. dia ada fasa2 dia. kadang nak makan, kadang tak nak.. pengalaman anak sy dulu, pernah dia cuma nak makan carrot dan kentang sup. nasi dia tak nak. Dan ada masa tu nak makan biskut je. Doa banyak2.. doa awak untuk anak awak yang paling mustajab..

Baca lagi
2w ago

Dia dah cerai botol sejak 10 bulan sis

ank sy pon gitu.. dlm smggu skli dua je dia mkn btol2.. nasi gaul dgn minyak2 goreng ayam ke tu dia suke, kdg suap je telur klo itu je dia nak.. kne main2 ngn dia, leka2 sambil suap bru dia mkn.. ank sy kuat mnum susu lg.. bile dgn family rmai2 lg la xmkn.. xtau la mcm mne mkn kt taska.. tny teacher dia kate mkn je..

Baca lagi

Pernah di situasi ni. Memang penat ye. Faham sangat². Sampai sekarang pun anak sy still mcm tu. Dah nak masuk 3 tahun dh dia. Apa sy buat? Sy bg je dia makan apa yg dia suka makan. Malas dh nak fikir. Berat pun naik sikit² je. Tak apa lah yang penting nak dia sihat je 😌

saya pun go through benda yang sama hahaha saya tanya dr dia kata cari supplement yang boleh bantu naikkan selera makan, sebab mungkin susu yang dia minum tu terlalu sedap sampai dia takde rasa nak makan.

kita org besar pun ada time jemu la nak makan benda sama, dan ada hari rasa nk makan siiiiikit je.. kan utk soalan last.. tk ok.. kita makan sbb nk khasiat dia. tk cukup khasiat anak bantut, anak mudah sakit

3w ago

Itu lah saya risau sangat. Kalau saya hidang macam mee sup kan, sayur dia makan pulak haha maksud saya sayur dan mee saja la.. ayam dia taknak. Keesokan hari, sayur pulak dia taknak.. ayam dia makan... aikkkk Tapi anak saya sangat aktif, sangat jarang sakit dan alhamdulillah la setakat ni nurse puji tinggi dia walaupun dia bayi perempuan.. ikut abah dia ni tinggi 🤣

maybe dia bosan kot

2w ago

Bosan apanya sehari menu lain-lain, hari-hari pun menu lain-lain