Macam mana nak atasi burnout ni

Anak sejak umur 17 bulan menolak semua jenis makanan. Nasi, nasi berlauk, nasi goreng, mee, pasta semua dia tak nak. Sekarang dia makan roti cicah susu full cream je. Tu je yang banyak dia makan. Oh satu lagi greek yoghurt campur puri buah pun dia makan banyak. Saya guna pisang atau strawberry. Segala benda saya cuba. Ada sekali tu saya buat macaroni sup ayam, banyak dia makan. Ingat dia akan stick to that menu, esoknya saya buat lagi dia taknak dah. Saya ni dahla susah ke dapur sebab dia meraung-raung kalau saya ke dapur. Kalau masak memang kena macam lipas kudung. Dah sebulan dia macam ni. Dan dah sebulan juga lah saya menangis hari-hari. Tak tahu kenapa nangis. Stress kot. Penat sama. Nak buat self feeding saya betul-betul tak mampu. Dalam rumah ni saya sorang je berfungsi. Suami saya membantu memberi "pandangan" je. Haha. Kalau ada orang bantu kemas takpe jugak ni semua benda makan masa, anak pulak selagi boleh tarik kain batik ni selagi tu la dia nak tarik. Haha. Tolong saya mommies. What should I do? Takpe ke menu macam tu je hari-hari? Takde khasiat walaupun kenyang huhu.

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kita org besar pun ada time jemu la nak makan benda sama, dan ada hari rasa nk makan siiiiikit je.. kan utk soalan last.. tk ok.. kita makan sbb nk khasiat dia. tk cukup khasiat anak bantut, anak mudah sakit

4mo ago

Itu lah saya risau sangat. Kalau saya hidang macam mee sup kan, sayur dia makan pulak haha maksud saya sayur dan mee saja la.. ayam dia taknak. Keesokan hari, sayur pulak dia taknak.. ayam dia makan... aikkkk Tapi anak saya sangat aktif, sangat jarang sakit dan alhamdulillah la setakat ni nurse puji tinggi dia walaupun dia bayi perempuan.. ikut abah dia ni tinggi 🤣