Nak tanya pasal ruam. Anak umur 4bulan++

Anak saya naik ruam gatal di sekitar leher dia depan belakang. Ada cara tak nak atasi masalah ni. Kadang oke kadang merah dan berbiji gitu gatalnya. Kesian dekat anak. Dah letak bedak nk kasi kurang gatal. Sapu minyak TYT. Kadang lap dengan kain basah. Nk sapu² krim xbrani bimbang anak garu² tgn masuk mulut. Takut ubat tu racun ke apa huhu. Tolong saya

Nak tanya pasal ruam. Anak umur 4bulan++
8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Untuk mengatasi ruam yang gatal di sekitar leher anak berumur 4 bulan, anda boleh cuba langkah-langkah berikut: 1. Pastikan area kulit anak sentiasa kering dan bersih. Gunakan kain lembut yang diperbuat daripada bahan yang tidak renyah seperti kain flanel untuk menyapu kawasan yang bermasalah. 2. Kurangkan penggunaan bedak, kerana ia mungkin boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif bayi. Sebagai gantinya, anda boleh menggunakan losyen atau krim yang dirancang khas untuk kulit bayi sensitif. 3. Sapu minyak kelapa atau minyak zaitun organik yang lembut dan tiada alergen boleh membantu mengurangkan kegatalan pada kulit anak. 4. Jika ruam semakin teruk, anda boleh mempertimbangkan untuk bercakap dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai. Mereka mungkin mencadangkan krim atau losyen yang sesuai untuk masalah ruam anak anda. 5. Elakkan menggaru kawasan ruam, kerana ini boleh menyebabkan jangkitan atau iritasi yang lebih teruk. Sekiranya anda risau dengan ubat-ubatan, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum menggunakan sebarang krim atau ubat. 6. Pastikan juga pakaian yang dipakai oleh anak adalah dari bahan yang lembut, tidak terlalu ketat, dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit alahan. Sekiranya ruam tidak sembuh atau bertambah buruk, amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjagaan yang sewajarnya. Jangan ragu untuk mencari bantuan profesional untuk kesihatan kulit anak anda. Semoga anak anda cepat sembuh daripada ruam yang dialaminya. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Elakkan bedak dan minyak sis. Boleh jadi lagi teruk ruam tu. Anak ada rutin pakai body lotion tak? Kalau ada pakaikan body lotion je. Cari yang mild brand formula macam Aveeno, Sebamed, Mustela, Cetaphil, QV, etc. But kalau nampak anak tak selesa dan makin teruk, pergi klinik ya. Suggested pergi klinik pakar kanak-kanak atau klinik pakar kulit. KK tak membantu. Oh ya! Buat sementara waktu ni. Elakkan baby daripada berpeluh. Pakaikan baju tipis atau pakai pampers je pun boleh. Lap basah pipi dan leher baby setiap kali menyusu.

Baca lagi
5mo ago

@Anon, Hi! Boleh awak. In fact boleh pakai untuk muka sekali

haritu bby Sya pun begitu.. Sya pkaikn tepung kanji.. lepas mandikan badan masih basah2 trus pkaikn tepung kanji .. alhamdulillah bby Sya dah 5buln xprnah kna ruam lgi selepas dri tu.. sebolehnya elakkan pkai bedak sbb bedak akan basah bila bby berkeringat ..

5mo ago

tepung kanji dan ubi sama ke?? sbb sekarang mak sy sapu² tepung ubi. kdg hilang merah. berpeluh/berair mulut dtg merah tu

Anak saya pun macam ni , doc sruh letak bedak ja, doc tak bg letak lotion takut nanti baby sakit , lbh baik letak bedak

5mo ago

boleh tau doc suggest bedak apa ye?

mcm ank sy la. now getting better. sy letak bedak bzu bzu tu. cooling powder. alhamdulillah ok

5mo ago

tak Sis. brand anakku. pemakanan mempengaruhi jg ke?

Baby saya pun mcm tu leher tangan smua😫asal ada lipatan tu arr merah la tapi skrg dh oky

5mo ago

Bepanthen yg warna biru sis,,cuba try 3 hari je aku sapu skrg tak merah da

sy letak ubat ruam lampin tu..tlebih mujarab pla..shari pakai esok tu xde merah2 pla 🫣

5mo ago

adakah lepas pada tu ruam naik balik?

try lotion cooling dari bzu bzu insyaallah okey