Social skill anak

Anak lelaki sy 1 tahun 9 bulan. Dr segi perkembangan semua tip top. Dh pndai pegang pensel 3 jari, faham arahan, pandai kemas brg mainan, pndai nk solve problem cth klu dia nk buka lampu tp x smp, dia akn cr penyapu utk tekan suis, or cr kerusi utk mencapai brg, kenal brg etc. Tp satu problem smp skrg, x nk bercakap. Bila sy suruh sebut SUSU dia cuma akn bunyi AH AH. klu eat bunyi AH. dia ikut suku kata tu tp menyebut AH je. One to one pun x jln. Youtube pun x jln. Bila sy ajar sebut satu2 pun mcm BA, CA, DA dia tetap bunyi AH je. Bercakap dgn dia dh byk dh. Ckp slow pun dh buat. AH AH AH AH. Ada lg x cara utk galakkan dia menyebut sebelum last resort bw jmpa pakar?

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Masa checkup anak 18 bulan, ada refer doktor tak? Apa2 concern boleh terus raise ke doktor. Senang dapat early intervention. Cara lain - Set play date untuk anak. Bagi dia explore dan socialize dengan rakan sebaya. Boleh hantar anak ke playschool, bermain dengan anak kawan/jiran, bawa anak pergi indoor /outdoor playground, etc. - Teruskan berkomunikasi dengan anak. 2 ways communication sangat penting. Anak tak membalas dengan kata2, takpe. Yang penting ada eye contact. Celik je anak dari tidur, keep talking dengan anak sampai dia masuk tidur. Jadikan rutin/aktiviti harian awak kat rumah sebagai storytelling untuk anak. Contoh 'sayang, jom teman mommy lipat baju. Wah! Ada baju sayang la. Baju sayang warna merah. Baju daddy warna merah. Samalah' Ajak anak take part sekali. Bila anak cuba untuk bercakap, let her/him be. Bagi anak masa. Jangan terus potong cakap anak. Guna bahasa baku. Elakkan baby talk. Let say anak baby talk 'nak tutu (susu)', jangan ikut sekali sebut tutu. Betulkan sebutan anak 'Sayang nak susu ya. Okay mommy buatkan' - Membaca. Simple story book je. Jadikan rutin membaca. Awak/suami yang bacakan untuk anak. Let your kid explore with the graphics and pages. Good luck and kalau rasa perlukan expertise intervention, jangan teragak-agak ya.

Baca lagi
3mo ago

Baguslah ada side positif yg baik pada anak. Pandai yg lain dah. Ank sy pun genggam pensel bila menulis sekarang 1y11m girl. Anak sy pun kategori lambat juga bercakap. Sy perasan dia suka ckp bahasa alien" yabish yabish, ga kuk ga kuk" haha saya nak taip pun tak pandai lah. dia cakap ni masa dia happy2, masa mandi dan masa berborak. Bila kita tiru dia gelak2, kemain happy dia sambung ckp bahasa alien tu. sejak pada tu makin banyak word yg dia boleh sebut walaupun tak jelas sangat samada amik suku perkataan depan or belakang. Pada pandangan saya yg baru anak 1 ni, mungkin puan boleh galakkan anak bercakap, contoh tiru apa dia ckp, buat aksi over contoh "jatuh" , boleh rebahkan badan sambil buat sound effect. dll lagi la. bila anak gelak dia pun akan ingat. jatuh tu apa dan macamna. Itu la yg saya buat dgn anak saya, Anak saya jenis lambat jalan, lambat ckp. Tapi saya enjoy je spjg proses dia nak membesar ni. Anak saya dari umur 5bulan suka buku. lebih2 buku yg boleh gerak2, flip2.

Post reply image

Anak lelaki anda yang berusia 1 tahun 9 bulan nampaknya mempunyai kemahiran perkembangan yang baik dari segi motor halus dan pemahaman arahan. Bagaimanapun, terdapat cabaran dalam perkembangan pertuturannya, di mana dia hanya mengeluarkan bunyi "AH" tanpa menyebut perkataan yang dikehendaki. Untuk menggalakkan perkembangan pertuturannya, anda boleh cuba beberapa cara seperti berikut: 1. Berkomunikasi dengan anak secara berterusan dan memberi contoh perkataan yang betul. 2. Gunakan permainan dan lagu-lagu yang melibatkan perkataan-perkataan mudah untuk dia ikut sebut. 3. Baca buku yang mengandungi perkataan-perkataan ringkas dan ulang-ulang agar anak dapat mencontohi. 4. Amalkan kesabaran dan terus memberi sokongan serta pujian apabila anak cuba menyebut perkataan dengan betul. Jika selepas mencuba langkah-langkah tersebut anak masih enggan untuk bercakap, adalah penting untuk mendapatkan pendapat pakar perkembangan kanak-kanak. Di peringkat awal, anda boleh memperbincangkan kebimbangan anda dengan doktor kanak-kanak untuk penilaian lanjut dan nasihat yang sesuai. Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan profesional jika perlu. Semoga perkembangan pertuturan anak anda dapat dipertingkatkan dengan bantuan yang betul. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Sama mcm anak sya arahan smua fham..umr dia sthun smpai 2 thun nk apa2 ckp AH AH je..ajar words hari2 pn AH AH je..lpatu bru ajr kjap dh lari sna sini… Skrng dh 3 thun dh pndai ckap tpi nk gabungkan 2 ayat tu x Boleh lagi..nk susu dia ckap SUSU je…kita ajar dia apa2 ayat dia Boleh ckp n tiru ayat kita.. Sjak sya stopkn tngok hp..bru ringan mlut dia nk brckap..ank sis ada jmpa pakar ke? ank sya doc ckp speech delay..skrng ni msih oppoiment ngn pkar.. sabar ya sis insyaallah ank sis blh ckap..slow2 je..keep talking ngn dia..

Baca lagi
3mo ago

Anak first sy 4 tahun articulation disorder. Mslh otot mulut n lidah lemah. Placement lidah tu dia x betul bila bercakap. Ajar byk kali pun mcm tu. Cth ckp MENANG. Bila 1 je ayat ni dia blh clear cntk. Tp bila gabung 2 je pun mcm SAYA MENANG. dia sebut jd SAYA PENANG. Dia blh bercakap tp pronunciation alamak. Bkn setakat pelat. Tp english blh dgr ckp better dr melayu. Dia mmg gila gadget. Youtube suka tgk bab makeup. Ini pun sy letak limit. Ada juga apps utk dia belajar. Kat umah sy speaking dgn dia, suami pula bhsa melayu. Jdnya dia faham dual language tp bila ckp melayu ternaik kening jdnya. Anak lelaki ni pula alamak. X de main hp pun. Buka youtube kat tv pun yg belajar pnya. ABC, 123, LEARN TO TALK ETC. Lagi teruk dr kakak dia, x berckp lgsg pun. As if mcm ada mslh genetik pula anak2 sy ni... Buat sy trtnya2. Tp next mnth sy nk bw jmpa pakar. Bulan ni sy nk strt reading dgn dia. Paksa juga. Klu jd godzilla mmg agkt kaki tendang jmpa pakar je.

Saya banyakkan bercakap pelbagai ayat harian dengan dia. Mula memang dia tak boleh, lama lama dia akan sendiri keluarkan ayat yg kita pernah guna dekat dia. Awak jgn berhenti bercakap. Biar kita banyak cakap macam bontot ayam orang cakap. Hehehe. Kalau dia tunjuk susu, awak cakap "Oh, adik nak susu ye". Like that gitu la, anak kita lebih kurang umur. InshaAllah anak awak boleh bercakap banyak words. No worries.

Baca lagi
3mo ago

Mmg itulah yg sy buat setiap hari. Bila disuruh kekadang dptlah dia ckp sikit. Cnth BUKA dia sebut Bu em. Ms pakai baju sy ckp juga Adik pakai baju. Suruh ckp Baju dia cuma emm emm klu tak ah ah. Setiao aktiviti dia buat sy akn ckp. Adik makan. Emm emm je bunyi. And time nk ajar. Menggeliat lah, baring lah, klu tak dia lari. Bila ajar kakak dia, sibuk nk conteng buku kakak dia je. Klu x nk ckp, membulat je mata dia tgk kita smbl geleng2.

Macam anak Sy 3taon jugak .. xboleh ckp melayu..tpy speaking tuh dye pandai n paham..Kalau Kita speaking at dye...dye paham..tpy dye nk olah Kan ckp melayu xthu...adakh tuh normal

3mo ago

Anak 1 tahun ni faham instruction both english and malay. Sy rs ok je anak puan tu klu at least blh speaking. At least dia bercakap. Mcm anak prmpuan sy 4 tahun, dia pun byk speaking english brbanding melayu tp dh msk sekolah 4 tahun byklah vocabulary melayu tu. Cuba Selangkan ckp english dgn malay maybe blh bantu. Contoh: im taking my shower. Lps tu ckp melayu dia pula: saya tengah mandi. Ank prmpuan sy pronunciation ke laut. Blm lg menyebut dgn betul sempurna. Dia pun ada mslh bertutur ms kecik tp at least dia cuba bercakap n mcm2 bunyi. Adik lelaki ni asyik emm ah. Tp dia faham arahan. Bila sy ckp adik jom mandi, dia naiklah tangga utk msk bilik mndi. Sy risau dia jd mcm kakak dia...pertuturan msh x lancar walaupun dh 4 tahun. Skrg sy strt membaca tp dia cm nk sy flip buku cpat2. Nk tgk gmbr pun cpt2. X smpt nk bercerita or explain. Lps tu dia bgn lari. Sy trfikir skrg ni, mslh pertuturan ni adakah disebabkan genetik? Since kakak pun mcm tu, adik pun sama ke??? Rs nk cuba lg tgk seb

Hantar taska or pengasuh ke?

3mo ago

Oh sama mcm anak makcik saya. Makcik saya dah buat semua mcm sis tp tak jalan. Pastu makcik kerja dia hantar anak kt taska. Baru budak tu bercakap sebab kt taska ramai kawan yg petah mulut. Awal2 mmg dia lambat sesuaikan diri ashik nangis sebab dah biasa kt rumah tanpa kawan2.

cuba ajar phonics dulu sis

3mo ago

sy pun buat mcm ni,bagi tengok video phonics,atau kita sendiri yg buat,ank sy 1y6m baru pndi ckp ayah,try tips ni 1buln dh nmpk hasil,1y9m dah mcm2 ckp walaupun masih pelat,dah blh smbung dua ayat mudah