Social skill anak

Anak lelaki sy 1 tahun 9 bulan. Dr segi perkembangan semua tip top. Dh pndai pegang pensel 3 jari, faham arahan, pandai kemas brg mainan, pndai nk solve problem cth klu dia nk buka lampu tp x smp, dia akn cr penyapu utk tekan suis, or cr kerusi utk mencapai brg, kenal brg etc. Tp satu problem smp skrg, x nk bercakap. Bila sy suruh sebut SUSU dia cuma akn bunyi AH AH. klu eat bunyi AH. dia ikut suku kata tu tp menyebut AH je. One to one pun x jln. Youtube pun x jln. Bila sy ajar sebut satu2 pun mcm BA, CA, DA dia tetap bunyi AH je. Bercakap dgn dia dh byk dh. Ckp slow pun dh buat. AH AH AH AH. Ada lg x cara utk galakkan dia menyebut sebelum last resort bw jmpa pakar?

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Masa checkup anak 18 bulan, ada refer doktor tak? Apa2 concern boleh terus raise ke doktor. Senang dapat early intervention. Cara lain - Set play date untuk anak. Bagi dia explore dan socialize dengan rakan sebaya. Boleh hantar anak ke playschool, bermain dengan anak kawan/jiran, bawa anak pergi indoor /outdoor playground, etc. - Teruskan berkomunikasi dengan anak. 2 ways communication sangat penting. Anak tak membalas dengan kata2, takpe. Yang penting ada eye contact. Celik je anak dari tidur, keep talking dengan anak sampai dia masuk tidur. Jadikan rutin/aktiviti harian awak kat rumah sebagai storytelling untuk anak. Contoh 'sayang, jom teman mommy lipat baju. Wah! Ada baju sayang la. Baju sayang warna merah. Baju daddy warna merah. Samalah' Ajak anak take part sekali. Bila anak cuba untuk bercakap, let her/him be. Bagi anak masa. Jangan terus potong cakap anak. Guna bahasa baku. Elakkan baby talk. Let say anak baby talk 'nak tutu (susu)', jangan ikut sekali sebut tutu. Betulkan sebutan anak 'Sayang nak susu ya. Okay mommy buatkan' - Membaca. Simple story book je. Jadikan rutin membaca. Awak/suami yang bacakan untuk anak. Let your kid explore with the graphics and pages. Good luck and kalau rasa perlukan expertise intervention, jangan teragak-agak ya.

Baca lagi
1y ago

Baguslah ada side positif yg baik pada anak. Pandai yg lain dah. Ank sy pun genggam pensel bila menulis sekarang 1y11m girl. Anak sy pun kategori lambat juga bercakap. Sy perasan dia suka ckp bahasa alien" yabish yabish, ga kuk ga kuk" haha saya nak taip pun tak pandai lah. dia cakap ni masa dia happy2, masa mandi dan masa berborak. Bila kita tiru dia gelak2, kemain happy dia sambung ckp bahasa alien tu. sejak pada tu makin banyak word yg dia boleh sebut walaupun tak jelas sangat samada amik suku perkataan depan or belakang. Pada pandangan saya yg baru anak 1 ni, mungkin puan boleh galakkan anak bercakap, contoh tiru apa dia ckp, buat aksi over contoh "jatuh" , boleh rebahkan badan sambil buat sound effect. dll lagi la. bila anak gelak dia pun akan ingat. jatuh tu apa dan macamna. Itu la yg saya buat dgn anak saya, Anak saya jenis lambat jalan, lambat ckp. Tapi saya enjoy je spjg proses dia nak membesar ni. Anak saya dari umur 5bulan suka buku. lebih2 buku yg boleh gerak2, flip2.

Post reply image