Alhamdulillah sy selamat lahirkan baby girl pada 10/9/2022. Due sepatutnya 28/9 tapi baby nk keluar awal. Mula² xde sakit contraction. Hanya keluar darah je pukul 12:30pm dan sampai hosp 1:30am, air ketuban pecah. Tapi xde rasa sakit. Siap main gelak² lagi dgn husb.
Pukul 5:30am doc cek laluan bru 2cm tapi contraction dah start dtg 10min sekali. Doc ckp masuk wad la dulu sbb nampak sakit je.
Pukul 7am contraction dtg 5min sekali pulak. Ya Allah, sumpah sakit dia tak tahu nk cakap. Mengucap panjang kita ni dlm wad masa tu.
Pukul 7:30am dah tak tahan sakit. Rasa baby dah nk keluar. Satu wad dgr suara. Masa tu misi dgn doc cepat² dtg. Doc check laluan, doc ckp bru 4cm mana boleh beranak lagi. Lps doc ckp mcm tu saya rasa nk meneran. Doc marah ckp x boleh beranak dlm wad ni. Ya Allah kita ni tak tahu nk kata apa, misi ajar cara kawal contraction. Tarik nafas dlm² tapi sy tak boleh buat. Sakit melampau.
Last dtg sorg misi ni ckp, kalau dah begini sakit dia, bukan 4cm doc!! Misi tu ckp kena hantar dia lb skrg. Masa tu la semua kelam kabut. Sy pulak asyik nk meneran. Ia mmg berlaku spontan bukan saja² kita buat. Naik wheel chair pun sy tak boleh sampai misi angkat sy slow² even kudrat sy dah takde tahan contraction.
Sampai je lb, doc check rupanya dah 8cm! Mmg bising habis la dlm lb dkt doc kat atas wad td. Terus naik atas katil doc suruh teran. Nak teran pun ya Allah rasa kesan koyakan bila baby nk keluar. Berhenti kejap sbb rasa tak dpt. Doc dah mrh sbb dah nampak kepala baby tapi sy stop. Doc bagi semangat, siap ada misi tu paksa sy teran dipukulnya perut sy kuat² sambil membebel. Masa tu dtg satu tenaga, sy teran sekuat hati alhamdulillah 8:13am lahirlah baby gegirl ibu berat 2.75kg. pengalaman yg tak dpt dilupakan. Jahitan sampai kebelakang. Perit tak tahu nk ckp. Nk jln pun susah sgt skrg. Tapi alhamdulillah sy bersyukur baby lahir sempurna sgt.
Org lain tahan contraction lama. Tapi sy kejap je. Sampai skrg sy tabik ibu² yg boleh tahan contraction berbelas² jam. Sdgkan sy tahan 2jam 30 rasa dh mati 😅
Sy harap ibu² yg geng September mcm sy kuatkan semangat. Banyakkan berjalan kalau nk mudah bersalin. Lepas tu belajar cara tahan contraction ikut mcm jamu mall buat tu, mmg menjadi dan cepatkan bukaan.
Nur Ashikin