Sekarang dah masuk 35week, alhamdulillah setakat baby okay dan sihat. Masa first trimester alahan tak boleh nak makan nasi tengok je nasi rasa loya nak muntah, memang tiga bulan tu duk makan mee, bihun, laksa, buah buahan. Berat pun banyak turun sampai 6kg ๐ Masuk trimester kedua dah boleh makan macam biasa, selera makan pun banyak sebab masa tu sentiasa lapar. Baru 5 minit lepas makan dah lapar balik ๐ Masa ni boleh lah nak kejar balik berat bagi naik. Alhamdulillah takde sangkut kencing manis walaupun berat naik 2/3kg sebulan. Sekarang ni trimester last pun okay, baby bukan main aktif lagi. Cuma sekarang jadi susah sikit nak tidur selalu tidur lambat, selalu sakit belakang. Nak tidur betul betul tak selesa sekarang ni. Kadang tu ada la rasa nak muntah muntah lagi. Mengah sentiasa even tak buat apa pun, nak makan pun susah. Risau nak bersalin sekarang ni sebab tengah wabak covid 19, harapkan private benarkan husband masuk dalam LR. First baby takut pulak rasa kalau takde suami teman.
Nurhidayah M Rosli