Selamat Melahirkan C-Section

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan pada 14/3/2023 yang lepas melalui kaedah caesarean. Sebuah pengalaman yang sangat berharga. Due date adalah 12/3/2023. 40 weeks 2 days baby pun lahir 3.1KG Sepanjang hamil, saya tidak pernah terfikir untuk bersalin secara c-section. Selalu positive dapat bersalin normal dan selepas bersalin nanti akan ada susu badan. Pada petang 5pm 12/3/2023, saya ada turun sedikit darah. Husband segera bawa ke hosp. Sampai sahaja di hosp, Dr cek jantung baby (ctg). Alhamdulillah baby aktif. Seterusnya, Dr cek bukaan. Masih 1cm. Kemudian pergi scan baby pula. Dr kesan air ketuban sudah terlalu sedikit. Dr cek bukaan sekali lagi. Bukaan sudah 2cm. Dr jelaskan bahawa saya perlu admit ward sehingga bersalin. 13/3/2023 setelah selesai urusan, saya admit ward jam 2am. Contraction mula terasa. Bukaan tadi semakin banyak darah keluar. Bangun pagi jam 4:30am nurse cek jantung baby aktif. 7 am cek bukaan sudah 4cm. Dr inform akan turun LR pada hari tersebut. Oleh kerana terlalu ramai, saya tak dapat turun LR. Contraction semakin sakit. Petang jam 2pm, saya inform nurse. Bukaan masih 4cm. Sambil tu saya kerap sangat buat squat, jalan2 pusing ward. Penat, tidur dan sambung jalan dan squat semula. 14/3/2023 masih menanggung sakit contraction. Kali ni darah cek bukaan tadi bercampur lendir hijau pekat. Saya inform nurse. Badan dah menggigil sebab sakit sangat2. Nurse segera inform Dr. dan sekali lagi kene seluk untuk cek bukaan. Masih 4cm. Dr kata mungkin perlu induce.Nurse tolak guna wheelchair ke LR. Sampai LR, sekali lagi cek bukaan masih 4cm. Dr inform saya bahawa baby sudah buang air besar di dalam perut dan air ketuban sudah kering. Saya perlu lalui emergency ceaser. Jam 1pm masuk OT dan 2pm selesai pembedahan dan nurse tolak masuk ward. Baby masuk ward SCN. 15/3/2023 pelali dah hilang, saya dah boleh bergerak dan baby dan naik ward bersama saya. Tetapi susu pula tiada. Betul2 kering. Nurse dah tolong urutkan tetapi masih tiada. Masa tu rasa betul2 down. Baby hisap2 susu tapi tak keluar apa2. Baby nangis sampai tertidur sendiri. Saya pun sama nangis. 16/3/2023- discharge. Tetapi baby masuk ward semula kerana kuning. Balik rumah tanpa baby. Terus nangis lagi sambil cium baju baby. 18/3/2023 - baby dah boleh discharge. Gagahkan diri pergi hosp sebab rindu baby. Moralnya, saya belajar untuk redha dan terima apa shj keadaan saya melahirkan kandungan dan jgn terlalu stress kerana ia akan bantutkan penghasilan susu badan. Allah sudah tulis yg terbaik buat kita. Seloga ibu2 sekalian terus kuat ye! #First_Baby

Selamat Melahirkan C-Section
6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

alhamdulillah baby dan ibu selamat💓 selamat berpantang 💕

2y ago

alhamdulillah..terima kasih sis 🥰❤️