Selamat Bersalin
Alhamdulillah, 11.6 saya selamat melahirkan baby boy pada 8.46pm secara normal. Saja nak kongsi pengalaman bersalin walaupun ini pengalaman kali pertama saya. Saya turun darah pada jam 9.30 malam 10/6 , jam 10.30 saya dan husband decide untuk pergi ke hospital. Lepas checkup, jalan belum buka lagi dan kami balik. Jam 2am saya mula contraction 10 minit sekali. Saya tahan sampai pukul 4am, dan decide untuk pergi hospital. Sampai hospital, doktor seluk bukaan cuma 1cm. Saya request untuk admit ward, sebab saya perlu admit juga 12/6 pagi untuk induce sebab ada gdm on diet control. Doktor decide untuk tolong buka jalan, jadilah 2cm. Dari itu, saya contraction 10minit sekali sampai pukul 5 petang, tapi jalan tetap 2cm. Doktor dan nurse takbantu apa apa. Badan rasa lemah sangat, takcukup tidur layankan contraction dari 2pagi. Mak datang bawa air zam zam, saya minum. Taklama lepastu contraction makin kuat 5minit sekali, saya bagitahu dr. Dr seluk, bukaan baru 4cm. Saya ditolak masuk labour room, air ketuban dipecahkan. Contraction setiap 2 minit bermula. Saya mula nak gila. Dari jam 6.30 petang sampai 8.30malam saya dalam labour room, jalan baru 6cm. Masani husband pun macam nak gila tengok isteri dia taktentu arah. Pinggang sakit macam nak pecah, sebab takdibenarkan untuk duduk. Mak saya kata saya kena kembar darah, sebab saya bleeding sepanjang masa, tu juga punca saya hadapi contraction yg teruk. Sepanjang contraction dari pukul 8pm saya decide untuk push sikit sikit, untuk bantu buka jalan. Waktu ni berapa puluh kali kena seluk pun taktahulah sebab nak monitor jalan. 8.30pm dr seluk tengok os full, dan lahirlah putera pertama saya jam 8.46pm dgn bantual vacuum. Sebab saya dah takde tenaga untuk push. Sekarang anak saya ditahan di nicu kerana congenatal pneumonia. Ni hari ke 4 berpantang tanpa baby, harap keputusan darah baby okay dan boleh balik hari jumaat nanti. Doakan saya dan baby sihat sihat sahaja ya. Kepada ibu yg sedang tunggu hari untuk bersalin, saya doakan ibu ibu dipermudahkan urusan. Yang baik baik untuk kalian.