Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan.

Alhamdulilah. Terima kasih semua yang mendoakan anak saya. Allah maha mendengar dan mengangkat sakit anak saya. Alhamdulilah, anak kini sudah discharge dan sihat seperti biasa. Cuma masih perlu dipantau rapi di rumah dan tak boleh terlampau terdedah. Bagi yang bertanya soalan kat saya. Saya jawab disini ya. Baby saya lahir normal saja takda sakit apa cuma masa baby hari ke 12, pernah positive covid sama Jgk dgn saya.Jadi saya n baby kena kuarantin n baby on antiobik &pcm.So far after discharge hospital takda pun kena TCA apa2 dgn hospital. Baby sihat cuma dia kerap batuk lightly. Bila appt saya ada tanya doc, cuma doc ckp Side effect post covid n Jgn risau. Ok saya tenang. Bila baby da masuk 6bulan, terlampau kerap batuk n demam. Pergi kk, buat x-ray dada, xda apa cuma berawan sikit. Still jawapan yg sama post covid. Cuma dibekalkan antibiotik. Alhamdulilah batuk hilang. Masuk 8bulan stgh. Baby saya active macam biasa , gelak tawa, susu makan, semua normal. Cuma satu mlm dia start flu n cranky. Suhu normal xda demam, batuk Sikit2. Minum susu da 4sedut je then stop then sambung. Mcm xckup nafas. Saya buat suction. But still dia menangis. Pujuk n sapu minyak mcm biasa, dia tido smpai pagi. Pagi active mcm biasa. But saya still bwak di a pergi KK, smpai kk, check BP, oxygen anak mmg da drop. Tapi fizikal dia normal active. Terus doc ambik darah n pakaikan nasal prong untuk anak, n naik ambulance ke emergency,darah putih lebih n jangkitan kuman kat paru2. Mata saya kabur tak nmpk lekuk kat dada anak. Ya Allah. Kalau lmbt xtau la mcm mana. Bermalam di wad 4malam kena pkai oxygen.Xray dada mmg sebelah paru2 kiri da ada jangkitan. Jadi suction kahak mmg xda kahak keluar. Hingus je banyak. Tak sampai 3minggu. Terjadi balik. Kalini anak demam on off, menangis non stop.Terus rush emergency Sbb lekuk da nmpk di leher n dada. Mula2 rentak nafas di wad pemantauan masih tahap 40s. Hanya perlu pakai oxygen nasal prong. Tapi bila da naik wad, rentak nafas makin laju naik 60s. Jadi terpaksa tukar wad ke wad red zone. Baby kena pakai mesin oxygen yg tinggi. Xsmpai 10jam, bila pakar datang round check. Rentak nafas makin naik 80s. Time tu luruh tgk anak bernafas smpai nmpk tulang rusuk. Doc pun rush untuk bawak anak ke PHDU untuk masukkan cpap yg lagi tinggi and tidurkan anak. Mesin oxygen kt wad tak dapat support penafasan anak,paru2 baby tak mengembang and jangkitan da merebak ke 2 paru2.And anak saya kuat paksa diri dia untuk bernafas sendiri itu punca dia makin lemah. Kalau masih tak support, mereka terpksa intubate anak. Alhamdulilah selepas 1malam anak dibangunkan, mmg xd support ap2 oxygen lepastu. Doc ckp baby kuat sgt. Baby active n senyum je.Xperlu guna support dah,boleh minum and buat rutin biasa. Allah maha mendengar doa kalian. Lega hati kami suami isteri. Punca persekitaran. Doc ckp anak saya terlampau sensitif. Tak kira debu tepi jalan, asap masakan ke, apa2 yg dia sedut itu pun boleh jadi punca dia. Rumah kami tak beraircond, tiada binatang, purifier ada. Tapi masih kena Jgk. Jadi sekarang ni, baby masih recovery di rumah saja. No outing, no smoker, no visitor.

Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan.
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulilah anak saya pun dulu nicu pramatang 46 hari duk wad kak , balik je hospital mesti tanya husband “ yang bila baby nak balik “ auto nangis 😭 , so far skrg alhamdulilah baby okeyy bambam dah heheh hbis je pantang dia keluarr , saya doakan anak akak sihat walafiatt jauhkan dari penyakit berbahayaa aamiin

Baca lagi

Tak terbayang hati seorang ibu melihat anak sakit begitu, sungguh ujian Allah SWT hanya untuk yg mampu, saya baca berair mata, sedih membayangkan situasi begitu. Semoga Allah SWT terus memelihara anak puan dan puan sekeluarga dengan sejahtera. Amiin ya rabb

9mo ago

Ye betul puan. Ni ujian kami sekeluarga. Retak hati saya bila dia menangis mlm sebelum ke phdu. Rupanya dia dah tak larat sgt..kejap tido kejap bgn menangis.susu ap semua xnak. Dia bernafas mcm baru lepas berlari mencari nafas. Allah. Terima kasih untuk doa puan

Saya yang masih mengandung ni baca pun berair mata, tak sanggup nak hadapi jika anak tak sihat. Syukur pada Allah anak Puan sudah kembali sihat... semoga dipelihara kesihatannya sehingga dia besar, Ammiin Ya Rabbl A'lamiin

VIP Member

alhamdulillah..mg ank puan mmbsr dgn baik dan sihat sntiasa...Allahuma aamiin Ya Mujib..mg ank puan mnjd ank soleh/solehah buat ibu ayah dan sntiasa dbwh lindunganNya .Allahuma aamiin Ya Mujib❤️with big hug❤️

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. semoga anak sis, anak saya dan anak2 sis2 yg membaca posting ni sentiasa sihat dan berada dalam lindungan Allah SWT. Aaamiin

Alhamdulillah syukur sgt² pada Allah xboleh byg puan menghadap mcm mana..semoga baby puan sentiasa dilindungi Allah selalu Dan dipermudahkan segala urusan ye...

sy dpt rasa perasaan puan mcm mana. Sbb ank sy dulu pernah juga kena tp xseteruk ni laa.. Alhamdulillah syukur untuk semuanya .

ALHAMDULILAH SYUKUR YA ALLAH ...SEMOGA BABY AWAK TERUS SIHAT SEPERTI BIASA ...MEMBESAR DENGAN BAIK ♥️

9mo ago

Alhamdulilah. Terima kasih puan. Moga puan sekeluarga dirahmati Allah

TapFluencer

Ya budak sangat sensitif dengan habuk dan debu. Alhamdulillah, anak dah discharge 🤲🏻

Alhamdulillah. semoga baby dlm lindungan allah selalu. semoga baby sihat2 sentiasa❤️