Parent, alat tulis (stationery) yang manakah parent terfikir dahulu apabila jenama Faber-Castell dikemukan?

Voice your Opinion
Pen
Pencil
Pemadam
Pensil Warna
Poster Colour

1249 respon

107 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pensil warna Faber Castel! Daripada sekolah rendah lagi suka sangat dengan pensil warna Faber Castel sebab warna-warnanya cantik dan smooth je bila mewarna. Saya suka mewarna sejak daripada kecil lagi, selepas menggunakan pensil warna Faber Caster terus taknak tukar brand lain dah! Jatuh hati kata orang. Dulu mampu beli saiz kecil je. Serba salah nak minta parents beli saiz paling besar punya disebabkan adik beradik yang ramai. Walaupun guna saiz kecil tapi alhamdulillah happynyaaa rasa bila ada rezeki menang pertandingan mewarna dan cikgu selalu puji lukisan cantik 🥰

Baca lagi

Peralatan Tulis Utama saya terfikir dahulu ialah Pensil Warna. Zaman sekolah dahulu, Tiap kali ada Pertandingan mewarna, mesti nak beli set yang besar. Memastikan semasa dalam Pertandingan Mewarna, boleh memberi semangat fokus semasa mewarna. Pernah memenangi tempat ketiga dan keempat (saguhati). Sampai dah ada anak, pun saya masih sukakan pensil warna jenama Faber- Castell ni. Sampai berebut juga lah dengan anak dara. 😆

Baca lagi

zaman sekolah saya,saya xpernh merasai mgunakan jenama Faber Castell sbb family Sya xmampu UTK mbeli nya...bila skrg Sya dh mempunyai ank Sya akn pasti kan anak mampu memiliki jenama Faber Castell ...sbb Sya xnk ank2 Sya ketinggalan zaman dan tidak mengenali jenama Faber Castell ..Faber Castell telah menambat hati Sya 💕

Baca lagi
VIP Member

color yang cukup cantik membuat imiginasi kanak-kanak serta kami yang pernah memakainya ketika sekolah dahulu semakin menyerlah dan memberi "Dunia" lain buat kami ketika mewarnakan lukisan lakaran tanpa warna. Menjadikan penggunanya atau pemiliknya lebih berdisiplin kerana ia ibarat "barang berharga" untuk dijaga rapi.

Baca lagi

masa kecil tak mampu nak beli sbb ayah hnya pekerja ldg. skrg dh besar ayah masih kerja ldg tp naik pangkat. taraf hidup berubah menjadi lebih baik. skrg dh mampu beli tp untuk anak-anak. berkat kesabaran masih kecil tidak terlalu menginginkan bnda yg org lain ada, dh besar ajar juga anak² mensyukuri apa yg ada.

Baca lagi

memang dari kecik suka sangat dgn faber castel ni . time mewarna kt sekolah mesti gigih pujuk mak nak pensel warna ni 🤣sebab pengaruh kawan2 . last2 mak beli yg mini 12 btg kat kedai kampung je . tp alhamdulillah . tq mak dh besarkan sy walaupun dgn cara sederhana tp sampai skrg angah ingt. sayang mak.tq

Baca lagi
VIP Member

Suka Faber Castell Dari kecik lagi. Walaupun masa tu rasa agak mahal tapi sanggup simpan duit sekolah sebab nak beli Faber Castell. Warna terang & cantik-cantik bagi saya yang suka melukis & mewarna. Bila dah dapat Faber Castell saya guna & simpan dengan rapi. Sampai lah sekarang saya peminat Faber Castell.

Baca lagi
VIP Member

Faber Castell jenama alat tulis yang paling legend 😍👍🏻 suka guna Faber Castell zaman sekolah dulu terutamanya pensil warnanya sebab warnanya cantik , pekat , dan kualitinya tahan lama . Mesti simpan elok-elok taknak bagi hilang sebab sayang sangat dan rugi kalau hilang tu 😂

Saya suka pensil warna Faber Castell..Kecik2 dulu xmampu nak beli..jadi,arwah abah pesan belajar rajin2..nnt klu exam,dpt kedudukan bagus dlm kelas hujung tahun boleh dapat hadiah..so,hadiah hujung tahun tu sy akan guna sejimat yg boleh sepanjang tahun..

Terima kasih Faber Castell kerana andalah penyelamat saya masa zaman sekolah dulu😍.Saya banyak memenangi hadiah dalam pertandingan mewarna dan melukis.Memang best sangat jenama ni sehinggakan untuk anak saya pun saya belikan jenama Faber Castell.