check fon pasangan

aku isteri , orang selalu cakap , tak perlu pun check fon pasangan . bulan depan baru nak genap setahun kitorang kawin dan rezeki aku bunting pelamin masatu , anak dah umur 4bulan . tapi benda yang paling malangnya dalam hidup aku , suami aku dah banyak kali curang . bukan curang yang keluar dengan pp lain . tak . dia tak keluar dengan pp lain tapi dah BANYAK kali ye dia kantoi chat lagi dengan EX dia . aku pun tak faham kenapa dia gila sangat dengan ex dia . aku ada jugak rasa menyesal kawin dengan dia . sebab sebelum kawin lagi dia dah pernah kantoi contact lagi dengan ex dia . aku bodoh sangat kawin dengan dia . sekarang baru aku percaya , sekali dah curang sampai bila bila pun tetap akan curang . sebelum kawin aku dah pernah mengamuk suruh dia balik kat ex dia kalau tu yang dia nak sangat tapi dia TAKNAK . okayla zaman sebelum kawin aku malas la cite sebab tu la kebodohan paling bodoh dalam hidup aku . paling latest , ni kejadian bulan lepas ye yang aku jumpa ni . aku check fon dia memang dia dah lama delete n block ex dia tapi dia still senyap ii simpan gambar dgn ex dia dekat "icloud" . dia skrg dah jatuh saham miskin semua benda downgrade , dari ada motor , skrg dah takde . dari pkai iphone skrg dah pakai android . ada pc , dah jual . ada kereta pun baru baru tahun lepas la beli kete tu pun kete 2nd. mungkin ni lah balasan untuk dia sebab "dua"kan isteri dalam diam . masa awal awal kawin , aku redha je dah . aku maafkan silap dia sebelum kawin tu . sebab aku fikir mungkin bila dah kawin ni dia berubah . tapi aku silap . aku dah sarat , baru lah aku tahu , rupanya dia tak berubah lagi . hati aku hancur sehancur hancur nya masatu . bini kau tengah ngandung anak kau , kau bole lagi nak contact dengan ex kau . ALASAN nak mintak ex pulangkan balik barang barang yang dia pernah bagi dekat ex dia dulu . MACAM BODOH . ex dia pun tahu ye kitorang dah kawin sebab bape hari sebelum kawin aku ada suruh laki aku chat ex dia buat kali terakhir , bagitahu kitorang nak kawin dah sbgai PERINGATAN dekat dia supaya tak layan lagi laki aku dan peringatan untuk laki aku supaya lupakan dia . tapi masatu laki aku taknak katanya . biarlah ex dia tak tahu dia cakap . tapi dia tipu aku , rupanya dia chat jugak ex dia bagitahu kitorang dah nak kawin . tu pun lepas dah kawin baru aku tahu . okay berbalik kepada yang terpaling latest , aku check fon dia . ye dia memang dah delete contact , dah block ws ig tiktok semua . tapi dia tak boleh nak tipu aku . dia sorok , aku korek sampai lubang cacing . dia simpan gambar ex dia dalam icloud . dia cakap dah delete , tapi rupanya masih ada yang dia simpan . aku korek punya korek , paling terbaru ni aku jumpa history , dia download video dia dengan ex dia . hari yang dia download video tu , kitorang gaduh . sebab masatu , tengah malam dia kejut aku kata lapar nak makan . dia suruh aku masakkan maggie tapi aku tak bangun sebab aku ngantuk gila timetu , dahla baru tidur sebab anak tidur lambat masatu . jadinya aku macam tak sedar yang dia kejut aku tu . besok pagi nya aku mintak maaf tapi dia buat besar kepala dia je . ego . sehari jugak dia tak tegur aku . malamnya tu , aku mintak maaf yelah yang ni aku mengaku lah ni memang silap aku . jadi kitorang pun berbaik . tapi instict aku sebgai isteri aku dah agak dah . aku check fon dia masa dia tidur . dah hasilnya aku jumpa history yang dia download video dia dgn ex dia . besoknya dia bangun , aku direct je tanya apa masalah dia download video tu . dia boleh ckp member dia mintak nak tengok ex dia . pastu time tu jugak aku suruh dia delete semua gambar video dgn ex dia . aku tak kesah la kalau korang nak ckp aku derhaka . lepastu aku buat hal aku sendiri je . lama lama aku cooldown sendiri . sampai ke harini , aku masih je check fon dia . dan semalam aku jumpa benda yang paling aku tak sangka aku jumpa . ni aku malas lah nak cite sini . aku malas nak type . biar lah Allah je tahu betapa sakitnya hati aku ni (tp ni bukan pasal ex dia lah) . tapi ada satu lagi benda aku nak cakap . tak payah la nak percaya sangat dengan suami ke pakwe ke yang pernah curang ni . semua nya bullshit . time aku pantang , masatu baru nak habis 44hari pantang , tapi belum habis lagi . masatu hari ke 42 ke 43 tah aku lupa dah . konek dia dah gatal sangat nak buat tu . aku cakap dengan laki aku sabarlah lagi bape hari nak habis pantang dah ni . tu baru nak pantang 44hari , belum aku mintak ckp nak pantang 100 hari . kau bayangkan lah eh , aku tak habis pantang lagi dia dah sibuk mintak mintak nak buat tu . last last , masa hari ke 43 ke 44 tah dia masuk kan jugak . kau tahu tak betapa pedihnya rasa masatu . menangis nangis aku malam tu . aku cakap dengan dia sakit . pastu dia keluarkan , sebab dia tengok aku nangis . dia peluk cium aku , dia mintak maaf pastu dia suruh aku rehat . aku fikir masatu dia dah insaf tapi bape hari lepastu dah habis pantang dia mintak lagi . aku redha je dengan Allah masatu , kalau kata nak ngandung lagi aku redha . sebab orang ckp lepas pantang ni kan subur . tapi nasib baik takde . dan masatu dah tak sakit dah cuma pedih la sikit sikit . tu benda paling aku terkilan la setakat ni . sekarang , anak baru 4bulan . aku makan pil noriday . baru baru ni aku tengok ramai jugak ckp kat kk ubat habis stock . ye memang aku pun dah takde ubat . sejak anak umur 3bulan lagi laki aku dah gurau gurau mintak nak buat anak lagi satu . tapi sampai ke harini aku masih dengan pendirian aku , aku taknak anak lagi buat masa ni . dia merayu macam mana pun aku tetap taknak . ye kitorang mmg ada berhubungan jugak tapi pkai double protection . klau nak anak lagi tu memang aku taknak . dia skrg ni bukan soal anak kecik lagi . tapi soal suami aku tu . aku dah kenal belang dia . aku trauma dah , aku belum habis pantang lagi dia dah gatal konek . aku trauma sangat sangat . aku memang bersalin normal , episiotomy . tapi aku tetap trauma . kalau boleh aku nak anak satu ni je . kalau macam ni lah perangai suami aku . memang sumpah aku trauma . besok isnin , aku nak pergi kk . nak tukar perancang . sebab ubat asyik takde stock je . ni dah 3hari aku tak makan ubat sebab dah habis . dan nasib aku baik alhamdulillah 3hari ni aku dapat elak dari berhubungan dengan dia . dia memang ada pujuk ii aku ajak buat , tapi aku tolak . memang tak laa aku nak buat . dia ckp ngan aku suruh stop amik perancang , rancang sendiri je . dia suruh aku percaya dengan dia , dia akan bagi kerjasama katanya . tapi sampai mampos aku takkan percaya dia dah . doakan syurga untuk aku . aku redha kalau ni yang Allah nak uji aku untuk tebus segala dosa dosa aku . aku takde terfikir nak cerai sebab aku dah ada anak . jadi aku mintak sape sape yang baca ni , doa kan lah aku kuat . doakan suami aku berubah . semoga syurga untuk kita semua mak mak yang tersakiti ni . aku hari hari doa masa masak supaya suami aku berubah . tapi aku masih perlukan doa korang jugak . terima kasih sudi baca . aku haramkan sape sape viral kisah aku ni . aku taknak benda ni sampai kat laki aku . cukup dekat apps ni saje . terima kasih semuaa...

16 Balas

Sabar sis, tp nk puji lah sis mmg bijak merancang sendiri & elak berhubungan selagi boleh. Anak 1 kita nk urus dgn mental mcm ni pun dah stress lgkan nk tambah anak. Betul kata2 sis tu jgn la percaya suami kita 100%, kena sentiasa waspada even saya sendiri pun amalkan benda ni. Saya teringat dulu time bujang ex saya yg dah lama lost contact, tetiba contact saya kt whatsapp tanya khabar apa semua. Saya pelik dah bertahun tetiba muncul tp saya layan baik jela & hari2 wsp dia ushar saya balik walau saya tak berminat. Then sebab fishy saya cari balik fb dia nk stalk, sebelum ni dah unfriend gaduh time broke up & terjumpa yee dia dah kahwin. Saya gigih buat fake acc add wife dia. Ohhh rupanya wife tgh dlm pantang!!! Mmg bangang yee wife dlm pantang hari2 panggil perempuan lain sayang siap nk vc & ajak dating bagai. Maybe sebab wife pantang kt kampung kot tu line clear. Bila dpt tau saya pun apa lg bg ceramah sikitt dasar tak kenang budi wife beranakkan anak ko susah payah. Pastu saya ugut nk ss wsp dia bg kt wife & mertua dia. Alhamdulillah sampai skrg hilang dr radar 😂

Ehh sama. Ex contact balik rupanya wife dia dlm pantang 😢 Traumatised rasa walaupun kita bukan wife dia tapi lelaki ramai mcm ni buat hal masa wife pantang 😭

Sabar ye sis. Saya pernah rasa jugak. Suami main omi, main litmatch kata nak adik angkat je, ada main kenal orang kat telegram jugak. Suka nak kenal dengan perempuan baru. Suka tengok perempuan seksi. Ada tengok vid lucah.. last sekali dia pernah buat benda terkutuk tu dengan sorang budak perempuan ni.. kata adik angkat dia. Dah kantoi sekali buat tu. memang saya tawar hati betul2. Dia kata sebab saya pregnant, sebab tu dia taknak ajak saya.. saya cakap tu bukan alasan. Asyik teringat sampai sekarang apa dia buat tu. Saya dah redha. Lepas kantoi dia berhubungan badan dengan budak tu, saya cakap kat dia, suruh hantar balik rumah mak ayah saya. Dia janji tu last dia buat, lepasni tak buat dah. Walaupun sekali je dia buat benda tu, saya tetap sedih dan sakit hati sampai sekarang kalau teringat. Tapi dia dah nampak banyak perubahan. Harap dia terus berubah ke arah yang benar.😭

dah pernah kene curang Dari sebelum kawin berkali2 lepas kawin tak sampai 2 bulan curang lagi dengan apps tak senonoh , dgn perempuan bukan Islam. katanya nk berubah. kantoi banyak kali. sampai la ada anak waktu tu sepatutnya kiteorng dlm proses nak bercerai saya pegi mahkamah dgn bukti yg ada.lepas dia tau dlm perut ada anak dia katanya nk berubah. lagi skali bagi pluang. skarang jadi mcm malas nak check HP dah. lantak ko la. aku penat dah.mmg hidup aku untuk anak je. hati dah tawar mmg dia pon tahu aku mmg banyak berubah.mcm2 sangat yg dia buat sampai aku hilang rasa sayang. mmg hidup untuk anak sahaja.cukup masa kalau dh penat melayan prngai suami yg anggap isteri dia senang diperbodoh aku angkat kaki belah.

Sis😢, betul sis, sekali kena curang lepas tu kita dh tak percaya dah. Memang la dye janji nak berubah tapi kita dah tak percaya mcm dlu lgi. Saya faham perasaan sis. Saya pun tgh pregnant sekarang. Kawen tk sampai setahun pun lagi tapi suami dh curang maen omi mase dye keje offshore dkt sarawak. Lepas tu kantoi lagi donwload apps yg ade video lucah gitu. Lepas tu kantoi lagi dkt tele download video lucah dan join chat indo. Dlu hanpir saya nk cerai je tapi saya masih sbar. Dn sekarang sya tgh mengandung. Dh laam dye tk buat prangai tapi saya tetap tk percaya. Sakit kan dikhianati💔

Allahuakbar , anak sis mesti sebaya anak saya cuma anak saya tua sikit bape bulan . saya tak kenal suami awak macam mana , jadi tak perlu lah saya nak menghukum suami awak lebih lebih . tapi nasihat saya , kalau awak tak tahan sangat dah , berjumpa lah kaunselor . mintak nasihat ya . paling tidak bercerita lah dengan parents atau ahli keluarga awak . untuk mental awak sis 🥹semoga awak terus kuat , jadi ibu yang hebat . hugg dari jauh ya sis , awak kuat sangat 🥹🤍🤍

ade tak suami2 yg mintak main ngn tgn? mcm sye nk pantang 100 hari.. jdnye suami mntak main ngn tangan.. ye nak suruh msuk dalam mulut. sye tak biase.. geli n mcm kotor.. jd main ngn tgan jelah.. normal ke tak suami mcam tu? dlm islam mmg boleh ke mcm tu? dr mngandung lg asyik main ngn tangan.. mase sye nak.. ye tak brani sbb dh sarat. tp suami plk nk jgak tp nak ngn tangan jelah.. smpailah ke tgh pantang ni.. sye je yg pantang nafsu.. suami bile2 mase je boleh.. hmm

bagi saya tangan okay je . dah kalau mulut taknak , tengah pantang pulak tu , kita tolong la dia guna tangan . ikutkan laki memang kena tahan nafsu jugak tapi biasa lah "lelaki" .

Sis, cerita ni dari A to Z sebiji sama dgn sy. 100%. Betul2 100%. Terkejut sy. Bila masa sy ada luah dlm apps ni. 🥲 semoga suami kita berubah sis. Semoga kita bahagia satu hari nanti. Semoga satu hari nt Allah sembuhkan semua kesedihan dan trauma kita. Semoga kita kuat. Nak sangat peluk awak sbb sebiji sama kisah kita 100% so sy faham sangat2 apa awak rasa. Takpe sy peluk awak dari jauh je 🫂

awakkkk , sedihh nyaaa 🥹🥹yaa semogaa kita terus kuatt , hugg awak jugakk sis 🤍🤍

kisah awak mcm saya sama, sya sampai ank ketiga dia curang, mmg sakit 8thn bertahan dgn perangai dia, skrg alhamdulillah dia da berubah byk, da 10thn anak4 dan yg skrg sy tgh preggy yg ke5, bykkn doa , Allah sentiasa ada dgn hambaNya, awak sgt kuat, jgn berharap apa2 pd suami, jaga anak2 ja yg lain serah pada Allah ye sayang,

TapFluencer

Sayu... Mudahan Allah kurniakan ketabahan buat puan dan kuat semangat pendirian puan. Teruskan berdoa sungguh.. Mudahan Allah kurniakan kebaikan, taufik dan hidayah buat suami, puan sekeluarga dlm meraih ketenangan, kasih sayang dan rahmah daripada Allah dlm hubungan puan dan suami. Amin..

kisah sy pon mcm ni lagi menyakitkan hati sy chat ex dia dan ex dia ckp dia da lama block husband bukan tu je dia ckp husbnd da x kacau dia tp semlm sy saja try unblock no dia kt fon husbnd dn chat dia tp double tick tu bukan block..penyudahnye sy hilang sabar sy tibai husband

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan