22 Balas
Sy minum dgn pati delima yg masam tu, dan lepas minum masa baring sy baring telentang bantal kena tinggi. Sampai terlena baru boleh kalih kiri kanan. Kalauu lps minum terus mengereng memang auto muntah balik. So far sepapan tu sekali je sy muntah. Boleh cuba buat air masam masam. Gap lepas makan memang kena 1jam setengah atau 2 jam sebaiknya. Lps makan tidur. Tk boleh ambil terlalu awal lepas makan memang dia keluar balik.
Cuba makan sebelum tidur pula. Kalau tak boleh, cuba minum dengan air sunquick. Yang ni ramai mommies dalam TAP yang suggest. Tapi saya tak pernah try sebab saya consult dengan nurse masa next checkup. Nurse tukar ke ferrous furamate pula. Saya kena ambil 2 biji sekali makan.
stop makan ubt tu and pi kt KK balik, inform kt doctor xleh ubt ni sbb asyik muntah. sy sebulan bru inform kt doctor masa appointment. lepastu doctor mrh kenapa x inform awal, kenapa tunggu sebulan bru nk bgtau kata x sesuai ubt tu. so jd nya hb sy pn low 🙃🙃
sye amal kan limau nipis perah campur pati delima if ade , xde xpee pakai limau nipis tu perah bancuh air sejuk.. xyh gula tau . minum air tu bila makan ubat . lepastu baring rehat or tido . syee buat mcm ni alhamdulillah tak muntah langsung
saya telan ubat ni waktu malam sebelum tido..pas tu sapu minyak angin sikit kt hidung n leher.. .insyaallah okay....kalau makan waktu pagi mmg rasa nk muntah..tapi saya buat cara macam tu alhamdulillah okay
sy makan dengan air lemon sejuk.. pukul 2,3 pagi sy akan bangun makan ubat tu pastu tido balik tak fikir apa dah.. dulu makan ni dengan air biasa muntah.. serba tak kena.. sekarang dah biasa
sy pun tengah alami ..belum mkn baru nak tengok pun mual sampai naik bulu roma😅.. tp sy mkn je sblum tidur.. wlaupn gelisah rsa nk tidur sbb kesan lpas mkn tu jd mual sgt2
saya dulu tak boleh makan obimin, bgtahu doc. doc tukar maltofer, alhamdulilah okay. kalau makan muntah jangan paksa diri, bgtahu doc mungkin boleh tukar ubat.
sy kali ni ubt da bertukar 3x sebb hb x naik2..hahaha..plig latest iberet...lg teruk rasa nk telan..tpksa telan nk tgok next appointment bole naik x hb 🥴
tukar je ubat lain. sy pun dah stop zincofer. skrg ambik iberet. xmuntah alhamdulillah. iberet dah cukup lengkap ada iron,folic acid, vit B, vit C.
nursafika