Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM

Adakah parents risau melihat anak anda tidak bermaya dan selalu lemah? Adakah anak anda berkemungkinan boleh menghidap Anemia atau mungkin kekurangan zat besi dalam badan? Jika ya, pastikan anda ikuti dan turut serta dalam Sesi Tanya Pakar kami pada 1 Disember 2021, hari Rabu jam 3 petang bersama dengan Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM untuk bertanya terus kepada pakar kami tentang permasalahan anda. *NOTA : Sebarang pertanyaan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

doktor saya nak bertanya, kalau orang dewasa ada anemia mereka digalakkan makan makanan tambah darah seperti hati lembu (saya tak pasti fakta atau mitos), tetapi boleh kah kanak-kanak juga mengambilnya? Atau ada makanan lain yang boleh diberikan?

4y ago

Organ dalaman seperti hati lembu mempunyai kandungan zat besi yang tinggi, namun isu adalah palatability makanan tersebut. Saya masih syorkan makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi seperti dari sumber heme: Daging, ikan, ayam dan sedikit sebanyak dari telur Dan bukan heme: Kekacang, bijirin (oat), tauhu, bayam (sayuran hijau), dried fruits, susu diperkaya zat besi (fortified).