Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM

Adakah parents risau melihat anak anda tidak bermaya dan selalu lemah? Adakah anak anda berkemungkinan boleh menghidap Anemia atau mungkin kekurangan zat besi dalam badan? Jika ya, pastikan anda ikuti dan turut serta dalam Sesi Tanya Pakar kami pada 1 Disember 2021, hari Rabu jam 3 petang bersama dengan Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM untuk bertanya terus kepada pakar kami tentang permasalahan anda. *NOTA : Sebarang pertanyaan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

salam dr..last week sy bwk anak g klinik utk rashes di leher dia tp dr cek tgn n kaki dr tu kate pucat sgt ni mcm kurg drh n mintk permission kami utk ambil darah baby..then sebelum ambil drh tu dr tu tekan2 perot baby n cakap hati baby pn bengkak sikit dlm 4cm..dr dh amek tp belom dpt result lgi..dr kate kurg drh mybe sbb kurg zat besi sbb baby dh start mkn tp bby xnak mkn sgt..dia lebih prefer susu..bby sy almost 7 bln..sy nak tnye kalau baby betol kurg zat besi mknn ape yg sy perlu bg n bengkak hati tu cm ne ye dr..ape yg sy perlu lakukan..

Baca lagi
4y ago

Salam. Simptom hati bengkak dan bayi pucat perlu di siasat. Jika anaemia disebabkan kurang zat besi, hati tidak akan membengkak. Perlu lihat keputusan siasatan di mana doktor akan menghantar 'full blood picture' untuk mengetahui lebih lanjut mengenai punca anaemia anak.