Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM

Adakah parents risau melihat anak anda tidak bermaya dan selalu lemah? Adakah anak anda berkemungkinan boleh menghidap Anemia atau mungkin kekurangan zat besi dalam badan? Jika ya, pastikan anda ikuti dan turut serta dalam Sesi Tanya Pakar kami pada 1 Disember 2021, hari Rabu jam 3 petang bersama dengan Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM untuk bertanya terus kepada pakar kami tentang permasalahan anda. *NOTA : Sebarang pertanyaan diluar daripada topik dan masa yang ditetapkan berkemungkinan tidak akan dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Mohd Azri, Pakar Pediatrik Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM
36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalammulaikum doktor Azri. Saya mommy nora Ikin. Nk bertanya. Apakah tanda bila para ibu dan anak mengalami masalah anemia dan apakah puncanya. Adakah ianya akan mendatangkan penyakit lain. Saya amat risau bila para ibu dan anak akan kekurangan nutrien dan sumber zat yg lain. Tq doktor 😊😊

4y ago

Waalaikumsalam mommy Nora Ikin. Tanda-tanda jelas anaemia adalah kepucatan dan cepat letih atau lesu. Tanda-tanda lain adalah kerap pening atau sakit kepala. Anak juga boleh mengalami masalah kurang tumpuan, cepat meragam dan pembesaran terganggu. Jika kedua-dua ibu dan anak mengalami masalah anemia, perlu siasat sama ada kedua-dua kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi (dan secara tidak langsung vitamin C yang membantu penyerapan zat besi di usus) atau keluarga mempunyai penyakit keturunan yang melibatkan pengasilan sel darah merah. Sumber zat besi yang terbaik masih dari sumber makanan, namun jika perlu, doktor akan memulakan suplemen zat besi.