HB rendah

Ada tips utk naikkan hb yg rendah x ?

23 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda paras hb yang normal (hemoglobin) adalah penting untuk dijaga ketika hamil bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi tidak terjejas. Kebiasaannya, ibu hamil akan dibekalkan dengan vitamin seperti Obimin atau Zincofer yang mengandungi zat besi dan juga vitamin lain seperti folik asid dan vitamin B12 dan B6. Fungsi zat besi dalam vitamin ini adalah untuk meningkatkan paras hemoglobin dalam darah. Oleh itu sila ambil vitamin yang dibekalkan ini setiap hari. Selain itu, antara makanan yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan paras hemoglobin ialah hati, kerang, sayuran berdaun hijau, daging merah dan juga kekacang. Elakkan pengambilan kafien yang boleh menjejaskan penyerapan zat besi. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Tq doktor..