Share story
Hi , ada tak mummy dekat sini yang hamil sebab terlanjur? Boleh share tak pengalaman sini. Saya sekarang dah 36 minggu dan tengah tunggu waktu bersalin akhir bulan 10. Saya cuma nak mengadu sahaja dekat sini sebab saya cuma mengadu dekat Allah sahaja tentang nasib saya ini.Hari hari saya minta Allah untuk terima taubat saya dan permudahkan segalanya. Kadang saya down fikir nasib bayi yg tak bersalah ni. Saya amik keputusan untuk serahkan kepada keluarga angkat sebab saya tak mampu sara dia. Bapak dia pun tak nak tanggungjawab . Saya pun tak boleh nak sayang dia sangat sebab saya takut tak kuat untuk serahkan dia lepas bersalin. Tapi saya akan cuba untuk kerja cari duit untuk dia. Memang ini salah saya tapi apa kan daya benda dah jadi . Waktu saya bersama pun saya ada makan pil postinor tapi tetap hamil juga. Saya anggap ini ujian dari Allah untuk sedar kan saya dan dekat diri dengan dia , kalau tak jadi mcm ni saya akan terus buat dosa ini. Saya terima je kalau ada yg kecam saya sebab saya percaya ujian manusia tu lain lain . Allah lebih suka kepada pendosa yang bertaubat jadi jangan lah rasa kita dah paling mulia dan hina orang lain. Kalau ada yg nasib mcm saya boleh share supaya tak rasa berseorangan .