Cutikan anak

Ada tak mommies di sini yang cutikan sekolah anak sementara sedang alahan/mabuk teruk? Anak saya 2 orang sedang bersekolah. 4&5 tahun. Memandangkan mereka masih tadika, terfikir untuk cuti sementara. Berperang dengan keadaan diri yang sangat x larat dek mual yg teruk sambil menyiapkan masing2, sering hantar anak lewat ke sekolah. Kebetulan dah masuk sekolah ni, mereka asyik dapat demam/selsema/batuk. Berganda mengah saya. Minggu lepas dua2 demam panas, kebetulan di rumah mak. Terpaksa saya menetap sebentar seminggu memandangkan rasa tak larat fizikal & emosi untuk menjaga.

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sis anak saya dah 7 tahun bila pendemik ni saya terus cutikan sekolah .. risau keadaan .. belajar bila bila pun blh sis tp utamakan kesihatan dulu. Ramai kanak kanak dijankiti covid sedang ke sekolah kerana mereka tak tahu nak berckp spt dewasa jika rasa tak sihat. Mudah menjangkiti satu sama lain. Hantarje surat ke sekolah utk cutikan anak.

Baca lagi

sy anak 5 tahun, kalau sihat sy hantar tadika, kalau batuk sikit sy cutikan sbb takut berjangkit..tapi dalam masa sama, saya ajar dia dari rumah supaya dia tak lupa pelajaran dia..tak paksa dia. just tanya dia, "nak belajar tak?".. biasanya dia mau sebab bosan dok umah..

ank sy 4tahun pun sy cutikn sbb selesema dan batuk, risau berjangkit kt ank org lain, risau klo ada yg kena lg teruk dr ank kita .. 3 minggu jugak la cutikan .. bgtau teacher awal², inshaallah teacher fhm ..

ketiga2 anak sy mabuk dan alahan yg teruk..masa keadaan sy mcm tu husband take over 100% anak dan kerja rumah.tapi kalau husb u busy or keje jauh better cutikan je lagipun anak2 masih sek tadika.

4&5 tahun tu better cutikan je. sekarang pun banyak betul penyakit berjangkit sana sini. risau je budak2 mana lah reti nak jaga2 dari penyakit ni

sy pon alahn teruk 0196025611 ws la sy huhu