iberet

Ada tak dekat sini yang makan iberet. Sebelum ni saya ambik zincofer tapi asyik muntah Dr tukar iberet. Tak tahu la iberet ni muntah ka tak. Baru first time nak cuba.

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya makan iberet since 10w pregnant sbb anaemia. alhamdulillah hb naik je setiap kali check up. mula mula mmg perit masa nak serasikan. muntah, cirit pening meloya semua ada. dulu tak boleh bau langsung iberet plus makan je kene minum dgn sunquick oren. skrg dah lali dah sy makan minum dgn air masak je. hehe. kena sabar jap sementara dia nak serasi dgn badan. utk iberet atau apa2 ubat iron, jgn ambil masa atau lepas minum air caffien/milo/teh bersusu sbb dia akn potong ubat tu. seeloknya ambik bila nak tidur. lagi satu makan iberet najis akn jadi warna hitam ye. sbb kandungan iron. jgn terkejut pulak. banyak minum air masak ye sis. insyaAllah berjaya naikkan hb utk mommy hb low.

Baca lagi
4y ago

Sy start makan dr mggu lps. Sbbkn sy ada history gastric, agak susah nk makan msa perut kosong. Tapi sy cuba juga makan time perut kosong and makan meal slps sejam. Tapi msti slps tu sy loya, badan rsa lemah, kerap muntah. Ubat pn termuntah skali. Mcmne nk tau bila badan nk serasi? Perit sgt keadaan skrg

saya pun tukar dari zincofer ke iberet. masa awal2 saya taktau zincofer punca saya muntah2 sampai berat saya tak naik pun. hahahah nurse suruh tukr sebab bila berat saya tak naik masa checkup 6months, dia tanya kenapa saya cakap saya asyik muntah2 teruk. lepas tukar iberet alhamdulillah selesa sgt. takde rasa bau hanyir dah lepas telan. bayangkann. 6 bulan bertahan. hahahhaa. adeh. apa2 pun iberet mmg best.

Baca lagi

Bagi saya iberet ok je, takde la rasa teruk macam zincofer. Zincofer ni kalau sendawa je terus rasa metal kt mulut. Kalau taknak rasa teruk tu saya ambik dua jam lebih selepas makan, tak tepat2 dua jam. Baru la ok takde rasa metal tu. Tak pun saya makan waktu nak tidur...

Dulu pernah makan iberet. Skrg pregy , doc bagi zincofer. Awal dlu ok. Skrg makan zincofer mesti rasa nak muntah tp tahan xnak muntah. Rase nk tukar ubat lain nanti.

Sy pon amik zincofer sblm ni tp ni kna tukar iberet sbb kat Pahang ni x guna zincofer.. Iberet ni mkn cmner ye? Sekali je kn? N bila msa yg sesuai?

4y ago

Sekali je sehari biasanya, atas nasihat nurse/doktor yang merawat juga sbb ada yang kene ambil dua biji sehari. Makan 2 jam sebelum/selepas makan, biasanya 2 jam selepas makan la. Ataupun sebelum tidur malam tu boleh jugak.

sy mkn iberet , tips dy telan ngn air yg bervitamin c mcm ribena atau oren sunquick kalau tx mmg rs n bau hanyir ubt tu , tx tertelan nt

Sy makan iberet dr kandungan 6week. Sekarang dah 20week. Alhamdulillah okay je, takde muntah. Makan sebelum tidur..

saya ambik iberet..alhamdulillah sesuai dgn saya..zincofer bila makan asyik muntah n sakit kepala...

Iberet ni kuat sikit bau ubat...kdg tu pas mkn iberet, time sewada pun masih bau ubat..hihi

Sayaa sis , saya minum dengan jus buah alhamdullilah smuanya okay ☺️