Eczema yang teruk
Ada sesiapa yang mengalami eczema yang teruk semasa memgandung? Apa cara yang anda buat atau produk yang anda pakai? Sy punya eczema sampai kena pakai cream steroid baru okay. Tapi cream steroid boleh affect baby. 🥲


Sy pergi klinik kulit swasta. Mmg diberikan cream steroid TAPI HANYA UNTUK 2 minggu. Dipantau oleh doktor. Ada tempoh2 dia. Cream steroid pun ada level2 dia. Level 1, 2…… 3 kali appointment, alhamdulillah elok dah lepas tu. Nak jaga makan pun boleh, kurangkan GULA. Makan MADU. Tp tu la, saya alahan, semua makanan tak selera, terpaksa makan apa yang boleh telan je. Alhamdulillah, masuk second trimester, gatal dah makin kurang. Skrg approaching third trimester, dah takde luka2 sebab gatal. Lg satu, tuala tiap2 hari saya tukar baru. Lepas mandi, wajib sapu cream steroid (pada tempat gatal sahaja), tempat lain lotion lain. Sekian
Baca lagi