Air ketuban pecah ketika kandungan 25 minggu.
Ada sesiapa berpengalaman macam saya tak? Saya kena tahan ward(Hospital Selayang) untuk pantauan selama beberapa hari kerana doc risau kandungan dijangkiti kuman akibat ketuban leaking. Sewaktu leaking saya tak buat apa² benda berat pun. Kejadian berlaku tiba² je. Selagi tiada contraction berlaku, laluan bawah tidak terbuka dan air ketuban tidak berubah ke warna hijau, maka anak dalam kandungan tidak akan di kekuarkan@dilahirkan. Lagipun kalau lahirkan anak terlalu kecil ianya memerlukan kelengkapan hospital yang lengkap dan cukup. Hospital Selayang ni doc cakap di NICU semua dah penuh. 😌Yang pernah melalui pengalaman ni, share lah adakah anak korang mampu bertahan sehingga tempoh yang ditetapkan?