Sy kahwin lewat. Umur 37 kahwin tahun lepas, Alhamdullilah tahun ni 38 tgh pregnant dah 4bulan. Sy ada adik ipar yg dah kahwin 4 tahun tp masih ttc, dan ada bff yg ttc 10 tahun. Beza antara 2 ni. Adik ipar sy kahwin umur 28. Lepas kami announce kami pregnant, dia terus tak happy dan pulaukan sy. Kami sendiri serba salah nak announce yg kami pregnant sbb faham keadaan dia. Sy sedih sgt padahal sy lah yg selalu bg dia kata2 semangat masa dia down, selalu doakan. Sy sendiri tak faham kenapa dia nak pulaukan sy. Bila kami beradik kumpul, dia lgsg tak tegur sy. Salah sy ke sbb sy pregnant? Sy mmg tak merancang. Nak merancang ape lg dlm umur dah lewat mcm ni. Sy sentiasa bersyukur atas semua yg Allah tentukan pada sy. Tp sy tak faham kenapa adik ipar mcm menyalahkan sy. Berbeza pula dgn bff sy yg ttc 10 tahun. Bila sy inform sy pregnant, dia lah org plg happy sekali. Dia kata dia redha sekarang dgn keadaan dia dan dia happy dgn hidup dia walau takde anak. Sy pregnant ni pun, sy sorok dr socmed. Sbb sy taknak ada yg terasa hati dgn sy. Cuma family dan kwn terapat je yg tau. Allah sebaik2 perancang. Ada sebab kenapa hidup kita semua tak sama dan ujian kita jugak tak sama. Benda ni yg sy selalu pesan dgn adik ipar sy, tp sy dipulaukan. Sy sedih sbb dia bukan org luar. Sy doakan semoga semua wanita yg tgh ttc sekarang ni, semoga diberikan kekuatan untuk lalui semua ujian Dia dan Insha Allah dikurniakan anak tak lama lagi. Aamiin. ♥️ Dan sy doakan awk semoga awk bahagia dgn keluarga awk. Awk jgn tgk org lebih dr awk, tp awk tgklah org yg kurang dr awk dan dr situ awk akan rasa sentiasa bersyukur dgn kehidupan awk. Sentiasa bersangka baik dgn Allah. Insha Allah hidup awk akan lg tenang.
Saya dulu pernah TTC. Kahwin 8 tahun tak ada anak. Lepas setahun kahwin, dia cerita dekat parent dia yang saya ni masih dara. Sejak pada tu lah MIL bawak saya pergi berubat sampailah saya diceraikan. Sebab MIL tak puas hati bila saya tunjuk surat dari hospital. Doktor sahkan saya vaginismus (takut s*x/takut sakit). Katanya saya ni bukan masalah klinik, tapi masalah kena buatan orang. Dia terlalu taksub dengan perubatan kampung, sampai percaya yang saya ni kena buatan orang. Sedangkan saya hanya vaginismus. Saya tak pernah cerita pada sesiapa pun termasuk family saya. Tapi ex husb saya selalu mengadu dekat parent dia dari sekecil masalah jadi besar. MIL pulak suka masuk campur hal rumahtangga kami. Kadang tu, saya merajuk pun nak mengadu. 😔😪 Saya dapat tahu vaginismus ni pun lepas jumpa dengan doktor sebab heavy period. Dan punca saya heavy period sebab saya makan ubat yang MIL bagi pada saya. Bertahun2 saya makan ubat tu sampailah saya sakit. Dan doktor sahkan saya PANCYTHOPENIA (semua darah kurang). HB saya masa tu 6.0, PLT 46 je. Tahun terakhir 2021, MIL paksa ex husb ceraikan saya. Sebab saya tak ikut pergi berubat kampung. Saya dah serik. Saya diceraikan dalam keadaan "nyawa2 ikan". Selama saya bersama keluarga NARSISTIK, saya depression. Lepas berpisah, saya terus jalankan rawatan di hospital. Alhamdulillah saya makin sembuh. Saya redha apa yang jadi pada saya, ada hikmahnya. Disember 2023 saya berkahwin dengan suami baru, dan Alhamdulillah, Apr 2024 saya disahkan hamil. Kadang2 kita nak apa yang orang lain ada. Tanpa kita sedar, rupanya ramai yang nak apa yang kita ada. Jadi, belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada. 🥰🥰🥰
Masya Allah
Kalau ada kawan macam tu mute je status dia. Kita pun tenang. Tak pun, tak payah save no. dia. 😅 Kita pun tenang. Saya antara yg nikah lewat dan rezki dikurniakan anak lewat. Anak kawan2 saya kebanyakannya sekolah menengah, ada yg dah nikah. Saya rahsiakan kehamilan saya 3 tahun lepas. Anak dah setahun, ada kawan beritahu saya yg ada kawan lain tak puas hati sbb saya rahsiakan kehamilan dan tak uar-uarkan bersalin dan tak kongsi sangat pasal anak di medsos. Sedangkan saya masa single raikan kawan-kawan yg hamil, ziarah kawan yg bersalin bagai. Saya hangin jugak bila orang tak puas hati saya dikurniakan anak tanpa tahu saya hamil. Apa hal, kan? Dah anak 2 tahun ni, saya selesa jumpa kawan sbb anak dah tak menyusu badan sangat bila outing. Saya hadiri jemputan open house orang yg kata tak puas hati saya tak keluar dgn kawan. Kami bersalaman dan ada eye contact dlm beberapa saat. Dlm hati, saya maaf kan dia. Saya tenang. Saya harap dia pun tenang. Saya faham perangai dia gitu sbb dah lama berkawan begitu. Teruskan buat kebaikan. Kalau dia buatkan kita tak selesa, jauh kan diri kita daripada dia. Bukan tak nak teruskan ukhuwwah, cuma kita nak bertenang je. Pedulikan apa yg mereka kata pada kita. Terus didik diri matang. Panjang lagi kehidupan kita mengasuh anak ni.
saya pernah kena juga. kawan saya masih TTC, pernah gugur sebelum ni. saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia, sentiasa care pasal dia. dia nampak memahami. saya jarang post on socmed, jarang sekali, nak jadikan citer pada hari saya post, dia reply, orang ada anak macam ni lah kan, setiap hari post pasal anak. ada lagi ayatnya yg lebih menyakitkan hati. mungkin dia tengah emosi kan dan saya terasa lah dia cakap macam tu. sebab seolah olah nak cakap saya ni tak menjaga perasaan dia. sedangkan dia tahu, kakak saya pun TTC, dan ada lagi kawan2 yang TTC. saya reply semula as teguran, Alhamdulillah dia menerima dengan hati yang terbuka, dia mengaku dia salah dan juga minta maaf. saya maafkan, cuma sejak dari tu, saya dah create a "gap" dengan dia. it's not worth it, saya jaga hati dia sebaik mungkin, tapi itu yang dia rasa? kawan saya pun kehidupannya mewah. lebih dari cukup dari semua segi. itu rezeki dia. rezeki kita mungkin tak macam dia, tapi syukur awak, dikurniakan badan yang sihat, ada anak dan mampu menjaganya, dan kita juga boleh bina kebahagiaan kita sendiri. jauhkanlah dari orang orang yg awak rasa tak perlu, doa kan juga yang baik baik. Insya-Allah, hidup lebih tenang. jangan sedih2 ok! 🫶🏻
terima kasih🥰 saya tetap bersyukur cuma tersedih bila kwn yg kita rasa rapat dan mesra terasa seolah2 kita ni jahat sgt...huhuhu.. skrg sye pun buat gap dgn dia..dh x seen story dia..story saya pun sye share video2 tiktok je dah😂
saya juga pernah ada dlm situasi yg hampir sma dgn sis. sy yg sedang TTC ketika itu, kwn sy tiba² dengan tanpa sedar ckp pada sy "nasib baik la aku dah mengandung" dia ckp betul² depan saya waktu kami sedang berbual berdua. sampai sekarang sy ingat lagi kisah tu. sy sangat² terasa dengan kata² dia. since that day sy gap kan jarak persahabatan sy dengan dia. saya tahu mungkin dia tak sengaja atau dia terlepas cakap. saya tidak simpan dendam cuma saya menjauhkan diri dari dia sebab saya tak kuat utk dengar kata² dia yg melibatkan anak. terlalu pedih utk sy pendam. Dan, Alhamdulillah, tuhan adalah sebaik² perancang. sy disahkan hamil sekarang. sy doakan semua wanita yg sedang berjuang TTC agar d berikan kekuatan dan semangat utk lalui segala ujian. Tuhan mendengar setiap doa org teraniaya. pasti ada ganjaran yg baik menanti InsyaAllah. 🥰
terima kasih awk❤️
jgn sedih.jodoh awk di usia muda.dpt anak pon cpt.itu rezeki awk la tu. jodoh sy lambat umor 32, selalu jgk la sedara mara sindir² cakap x laku.sy diamkan aja.dah kawin ujian ssh dpt anak plak.umor 38 pregnant tp gugur, 39 pregnant,gugur lgi..umor 40 pregnant pon sama gugur jgk.skrg umor 41 tgh pregnant.mmm..itu lah..ujian hidup kita berbeza beza kan..usah banding² dgn hidup org lain.janji kita bahagia dgn cara kita.jauhi kawan² yg suka menyindir bagai tu,nti awk yg tersakiti. awk ibu yg hebat..
terima kasih🥰🥺
Hi awak.. sye paham ape yg awak rse.. tp kte kne terima hdup kte x sme mcm org lain.. masg2 ade up n down.. bsyukur je dgn ape yg kte ade.. Jgn tgk yg kurg, tgk ape yg kte ade lebih tu.. Maaf ye tp sye rse Tina bkn kwn yg baik.. kwn yg baik x kan perli kwn2 dye.. sye pun ade kwn yg blum kwen, da kwen tp xde anak.. tp kami masg2 x penah nk perli2 or nak banding2 hdup spe lg bgus.. kami sme2 hepi utk khidupan masg2.. klu yg peg mlancong tu lg la sye ske, dpt jgak kte tumpang cuci2 mte..
💯 saya kawin lambat dari kawan2 lain, tapi ada diorang yg still TTC, saya anak nak masuk 2 dah. ada kawan2 yg tak kawin pun lagi. alhamdulillah masing2 okay je takde perli memerli, just saling mendoakan n cuba memahami each other, jaga hati etc. senang, buang je nombor dia atau at least hide status dari dia, untuk jaga hati dia. untuk jaga hati awak dari bandingkan life sendiri dengan dia, jangan tengok status dia. rezeki masing2 takkan sama. count your blessings, not others'.
hai awak.. sy masih menanti zuriat. doakan moga tahun 2024 ni dikabulkan 🙏 sabar ja dlm apapun yg kamu hadapi sis. pasal kwn kamu tu, x payah kisah sangat. manusia mcm tu ada dimana mana..walaupun dia tunjuk sgt cemburu dgn rezeki anak sis tu, tak payah nak fikir sangat. just fokus dgn keluarga sis sendiri. lagi happy giteww 🥰 lain kehidupan, lain cabaran. org yg masih bujang pun ada masalah tersendiri. yg dah kawen ni pun ada masalah tersendiri. macam² ragam
Jauhi tina agar dirimu lebih bahagia. Delete no dia so sis tak nampak status dia & dia pun tak nampak status sis. Jadi no issue dia nk jeleskan sis yg ada anak & sis nk jeleskan dia g makan dap2. Kita bahagia cara kita walau terpaksa kira butir nasi, tp bila tatap muka anak kita tetap bahagia
Coba pakai produknya mama's choice bun. https://shope.ee/9KLw1ZdiEL . Produknya sudah sesuai anjuran IDAI dan FDA, 100% aman. Bisa cek langsung di tokonya >> https://shope.ee/9KLw1ZdiEL , lagi ada free gift barang seharga 87.000 dan voucher diskon 100.000 bun. 5242087
Farah