Menang Hamper Istimewa Cadbury Edisi Merdeka Hari Ini!
5X 🎁 Hamper Istimewa Untuk Dimenangi degan mudah! . Hanya Komen Sajian Malaysia kesukaan anda di bawah dan pastikan anda klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan ya! *Anda juga boleh sertakan gambar sajian kesukaan anda bersama komen untuk peluang menang yang lebih tinggi.


Saya amat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya juga makanan dari setiap bangsa. Untuk saya listkan makanan kegemaran saya mungkin akan penuh ruangan komen kerana saya memang suka makan sajian makanan di Malaysia 😍 Paling menjadi kegemaran mestilah Nasi Lemak yang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Tak pernah jemu untuk cari Nasi Lemak sebagai sarapan pagi atau makan malam. Makanan seterusnya yang saya akan cari hampir setiap hari ialah Karipap. Tak kisah inti karipap apa pun, saya akan cuba untuk dapatkannya setiap hari sama ada sebagai kudapan sarapan pagi atau minum petang. Saya juga kini sedang mempelajari cara buatan karipap yang sedap agar saya dapat buat dan makan hari-hari 😊 Nikmat yang tak dapat didustakan lahir di Malaysia dan hidup di Malaysia. Terima kasih!
Baca lagi



