Menang Hamper Istimewa Cadbury Edisi Merdeka Hari Ini!
5X 🎁 Hamper Istimewa Untuk Dimenangi degan mudah! . Hanya Komen Sajian Malaysia kesukaan anda di bawah dan pastikan anda klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan ya! *Anda juga boleh sertakan gambar sajian kesukaan anda bersama komen untuk peluang menang yang lebih tinggi.


Bismillah.. Salam semua, ehemmm first time tiba-tiba rasa rajin nak join contest ni sebab nampak gambo cadbury😂.. admin suruh komen sajian malaysia yg kita suka ek? aduhai min, kalo dah nama sajian malaysia semuaaaa kita suka min list panjang berjela jela sbb semua sedap.. tapi kalo saya, saya paling suka laksa. memang hantu laksa! raya tak raya laksa wajib kena ada.. tak kisah la laksa utara ke penang ke kedah ke memang sy makan licin.. mana nak dapat laksa kat negara lain? only in Malaysia. Admin suruh serta kan gambo eh? aisey min sorry gambo tak sempat ambik min.. tiap kali laksa sampai depan mata memang takde tunggu tunggu dah.. kita makan dulu! okay min, bulan merdeka ni bulan special untuk saya dengan baby saya sebab kami sama-sama lahir bulan ni.. semoga ada rezeki buat baby saya yang baru genap setahun 10hb ogos ni.. aamiin.. okay min, terima kasih bagi peluang dan ruang untuk saya menulis harini.. selamat malam semua yang baca.. semoga hari anda dipermudahkan urusan🤗.
Baca lagiSajian malaysia yang semestinya jadi kegemaran Saya selain Nasi Dan new adalah kuih-muih. Saya biasanya Akan buat sendiri kuih kegemaran Saya.Harini Saya nak share kuih kegemaran seisi keluarga Saya iaitu Donut Malaysia 🍩🇲🇾. kenapa saya panggil donut malaysia kerana Bahan yang digunakan mudah didapati iaitu tepung gandum,gula,susu pekat,yis Dan sedikit marjerin. Untuk dewasa lebih sukakan donut gula.Kalau anak2 Saya sukakan donut coklat.Lebih ngam Kalau coklat di atasnya menggunakan Coklat Cadbury yang dicairkan 🍫🍫🍫🍫 memang berebut2 anak2 makan😍😍😍 Alhamdulillah Syukur pada Allah atas segala nikmat makanan yang diberikan. Moga Kita semua sentiasa bersyukur Dan jangan lips berdoa agar Allah angkat segera wabak covid-19 agar Kita dapat menjalani kehiduoan seperti dahulu.AMINNN 🤲🤲❤️❤️❤️❤️
Baca lagi
Saya amat bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya juga makanan dari setiap bangsa. Untuk saya listkan makanan kegemaran saya mungkin akan penuh ruangan komen kerana saya memang suka makan sajian makanan di Malaysia 😍 Paling menjadi kegemaran mestilah Nasi Lemak yang tak pernah lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Tak pernah jemu untuk cari Nasi Lemak sebagai sarapan pagi atau makan malam. Makanan seterusnya yang saya akan cari hampir setiap hari ialah Karipap. Tak kisah inti karipap apa pun, saya akan cuba untuk dapatkannya setiap hari sama ada sebagai kudapan sarapan pagi atau minum petang. Saya juga kini sedang mempelajari cara buatan karipap yang sedap agar saya dapat buat dan makan hari-hari 😊 Nikmat yang tak dapat didustakan lahir di Malaysia dan hidup di Malaysia. Terima kasih!
Baca lagi
Malaysia sememangnya terkenal dengan berbilang kaum, dan begitu juga dengan makanannya. Makanan yang menjadi kesukaan sepanjang zaman bagi saya ialah NASI LEMAK🍛Nasi yang dimasak bersama santan, halia dan daun pandan sangat menyelerakan bukan sahaja semasa makan, malah mengundang selera sebelum dijamah. Dihilang pula dengan hirisan timun, kacang dan sambal amatlah melengkapkan hidangan ini sebagai makanan sarapan yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Malah,lauknya boleh dipelbagaikan dari seringkas telur mata, ayam goreng, kerang,paru atau sotong sambal, ikan goreng dan ikan bilis sambal membolehkan hidangan ini dipelbagaikan menurut selera rakyat Malaysia. Apatah lagi jika dihidangkan bersama dengan teh tarik kaw, sangat menyelerakan. Perh, jemput makan panas-panas😊😇❤️👍👍👍
Baca lagi
Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya masing – masing selagi ia tidak bertentangan dengan undang – undang negara. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta lain – lain kaum minoriti lain. Masyarakat majmuk di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita. Oleh kerana Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Untuk Sajian Negara Malaysia yang paling saya gemari adalah seperti berikut: Masakan Melayu ~ Nasi Lemak Masakan India ~ Roti Canai Masakan Cina~ Lok-Lok
Baca lagi
sajian Malaysia dikenali sebagai negara berbulang kaum agama Dan bangsa. tapi tak Kira semua kaum bebas dgn budaya masing2 Dari segi mknan minuman adat tradisi semua menarik perhatian pelnacong luar. mknan yg berbagai resepi. sya suka mkn (PERIA GORENG) Sama Ada PEDAS ATAUPUN TIDAK. dimkn dgn nasi putih. nasi goreng nasi lemak. mee goreng mee sup. ubi kayu malah mkn bgtu saja pon sedap jadikan snek. sambil menonton PERKEMBANGAN COVID-19. yg memberikan impak besar seluru rakyat Malaysia semoga Malaysia berlalu dgn VIRUS COVID-19 #MALAYSIABOLEH #MALAYSIAPASTIMENANG #MALAYSIAPRIHATIN #MALAYSIASTAYSAFE #MALAYSIASTAYHOME
Baca lagi
sajian Malaysia kegemaran saya ialah buah melaka.kuih ini juga digemari oleh semua rakyat Malaysia.Onde-onde sememangnya salah satu kuih kegemaran rakyat Malaysia. Semua yang makan pasti akan jatuh cinta pada gigitan pertama. Kuih ini mempunyai luaran yang lemak masin dan letusan manis apabila digigit. Walaupun kuih ini kelihatan rumit, onde-onde sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat di rumah. hanya memerlukan 5 bahan asas dapur dan kelapa parut untuk menghasilkannya. kuih kegemaran kami seisi keluarga,kali ini saya menggunakan coklat Dairy Milk sebagai inti.Sedap sangat😍
Baca lagi
Sajian Malaysia kesukaan saya ada banyak sangat.. Antaranya, Nasi Ayam,Tosai,Roti Canai,Dumpling,Nasi Lemak,Cendol,ABC,Air Kathira,Apam Balik dan pelbagai jenis lagi kuih muih tradisional.. Sebenarnya banyak lagi menu-menu yang menjadi kegemaran saya yang tidak saya sebutkan..Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan bangsa..Dan setiap satu kaum mempunyai pelbagai menu masakan yang tersendiri..Malah,semua sajian di Malaysia menjadi kegemaran kita semua..Dan setiap Sajian Malaysia inilah yang menjadi identiti dan menyatu padukan semua rakyat Malaysia..Malaysia Boleh!!!
Baca laginasi ayam!!!! rasa hidangan sepinggan lengkap lah!! kalau beli pon murah ada semua..ada sayoqq...ada ayam...ada sup..ada kicap dan sos cili nasi ayam..perghhhh..yabeda beduuuuu!!!!! sedap sampai menjilat jari!!!!... tengah mengandung pulak...dapat nasi ayam pon rasa hidangan seperti santapan buat raja gituu...macam dalam syorga!!! hahahahaa... kat malaysia ni memang nasi ayam ni feveret lah kan...senang ..murah..kenyang dan simple... ada orang hari hari makan pon bolehhhh aih... yang jual jarang tak laku..gitu..hidup malaysia!!!!!
Baca lagi
KUIH LOPES Kuih lopes adalah sajian malaysia kegemaran saya sejak kecil lagi. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan singgah membeli kuih lopes di gerai makcik berhadapan petronas sebelum pergi ke sekolah rendah. Pulut pandan yang lembut dimakan dengan gula melaka amat menyelerakan lebih-lebih lagi untuk picky eater macam saya 🤭 Sekarang dah mengandung pun ada mengidam kuih lopes yang sama lembutnya macam di gerai makcik, tetapi malangnya tak kesampaian sebab gerai makcik dah takde 🥲
Baca lagi



