PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

*5⃣ Sebab Perut Kecil Semasa Hamil* ‼ NO. 5 PALING MENAKUTKAN ??? Ada pelbagai punca yang menyebabkan perut kelihatan kecil semasa hamil, namun perkara ini tidak perlu dirisaukan selagi doktor mengatakan janin berada dalam keadaan yang sihat & baik. 1⃣ Bentuk badan ibu Penyebab utama yang menyebabkan perut ibu masih kelihatan kecil adalah kerana bentuk badan ibu yang berbeza dengan kebanyakan wanita. Hal ini kerana, wanita yang bersaiz tinggi lampai memiliki perut yang lebih kecil meskipun sudah menginjak ke usia empat bulan. Ini adalah keadaan yang normal berlaku kepada mereka. Namun, perut akan membesar seiring dengan usia kehamilan itu sendiri. 2⃣ Kehamilan pertama Bila pertama hamil, perut ibu masih menyesuaikan diri dengan proses kehamilan lantas menyebabkan perkembangan perut ibu berjalan agak lambat sehingga perut kelihatan masih kecil. Keadaan ini adalah normal namun dapatkan pantauan daripada doktor. 3⃣ Posisi janin Penyebab yang lain adalah posisi janin semasa berada dalam kandungan. Ini kerana pergerakan janin akan terjadi secara normal dan berhenti ketika usia kehamilan masuk ke minggu ke 32 – 38 semasa mempersipkan badan untuk lalui proses bersalin. 4⃣ Jumlah air ketuban Sebab yang lain adalah kerana jumlah air ketuban di dalam rahim ibu yang sedikit hingga membuatkan perut kelihatan kecil. Namun tak perlu dibimbangi selagi doktor mengatakan semuanya dalam keadaan yang baik. 5⃣ Janin tak berkembang Keadaan ini yang paling tidak diharapkan oleh ibu hamil iaitu perut masih kecil semasa usia kehamilan 4 bulan yang bermaksud janin tidak berkembang dengan baik. Walaubagaimanapun, doktor akan melakukan pemeriksaan yang lebih terperinci berkaitan hal ini supaya bayi tetap sihat selepas dilahirkan kelak. DAPATKAN pemeriksaan doktor dengan teratur pada setiap bulan supaya keadaan ibu dan bayi berada pada paras yang tidak membimbangkan. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

👍🏻👍🏻👍🏻