Allah bagi pinjam untuk 9 minggu

23/10/21 Hi.. Nak share pengalaman gugur. Baru je tadi tengah hari tadi. Minggu lepas 16/10/21 da start keluar spotting warna coklat taw. Terus pergi pakar. Masa tu scan baby okay. Masih ada heartbeat. Dr bagi ubat utrogestan 100mg utk kuatkan rahim. Masa ni kandungan da 7w sepatutnya. Tapi ukur size janin dalam 6w5d. Tapi time tu fikir positif. Maybe lambat ovulation ke apa kan. Then 20/10/21 tu nak pergi buka buku pink dekat kk. Balik dari kk. Bleeding keluar. Aduii. Rasa tak sedap hati. Esok tu 21/10/21 pergi pakar balik. Check tak de heartbeat. Time tu da sedih. Siap tanya soalan kat sini pasal heartbeat baby tu boleh ada balik ke. Huhu. Sebab tak rela hilang baby. Tak rela nak rasa gugur. Still positif cakap yg baby ada heartbeat. Maybe scan tu tak jelas time tu. Menangis je la. Berdoa supaya Allah selamatkan kandungan. Malam tadi 22/10/21, perasaan ni rasa macam baby takkan lama. Lepastu doa supaya Allah bagi petanda esok which is harini (23/10/21) sebab da tekad nak pergi jumpa pakar jugak harini sebab darah non stop keluar. Kalau jumpa pakar ada heartbeat tu tandanya baby selamat. Kalau takde heartbeat minta gugur jugak hari yang sama. Tak nak tertunggu tunggu lagi dah 😩 Then tadi pukul 2:30pm. Perut rasa cramp sangat. Sakit sangat sangat. Lepastu ada rasa macam terlalu sakit. Terus rasa “ni macam nak keluar ni”. Sebab sakit dia masa nak terkeluar tu. Macam ada orang pijak pijak perut ni sakit dia. Terus pergi bilik air. Rasa nak terberak. Teran je atas lantai. Sebab dapat rasa janin nak keluar. Sekali poppppp. Keluar la sebesar penumbuk. Memang keluar semua. Keluar kantung sekali. Dalam kantung tu ada janin. Alhamdulilah pergi check pakar. Dia cakap da keluar habis dah. Siapa yang baca ni. Doakan supaya saya ada rezeki zuriat. Nak rasa macam orang lain rasa. Siapa tak kuat jangan view taw gambar ni. Take care ✨❤️ #miscarriageOnFirstPregnancy #firstbaby #sharingexperiences

Allah bagi pinjam untuk 9 minggu
91 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum, in sya Allah. Semoga Allah mengurniakan syifa serta kesembuhan buat sis, sy pernah alami keadaan yg sama, yg penting kna redha, Allah lebih mengetahui yg terbaik untuk hambaNya, sis kna pantang lek lok, n consume folic acid, in sya Allah. Semoga Allah mengurniakan rezeki zuriat lg.

3y ago

Aamin. Terima kasih mendoakan. Allah je mampu balas doa doa ni semua 😭😭 Semoga Allah permudahkan urusan sis yaa ♥️. Sekarang tengah pantang. And masih lemah sikit. Sakit ari ari tu. Tak boleh banyak bergerak sangat. Huhu

semoga sis tabah..berpantang elok2..sy dulu 100hari..kawan semua perli, pantang over sgt lama2..suka hati sy la dah badan sy yg nak rasa..nk prepare betul2 sblm conceive 2nd baby..now alhamdulillah 9month..tunggu masa..doakan baby sy sihat & selamat..sy doakan sis d permudah urusan..amin

3y ago

Tu la. Ramai jugak perli haritu. Tapi tak pe la. Bukan badan diorang. 🤣🤣 Alhamdulilah. Happynya dengar. Mesti da bersalin kan? Saya baca lambat komen awak.

allahu.. tak kuat rasanya nak baca habis. i really hope u and mommies yang pernah keguguran dimurahkan rezeki untuk anak seterusnya. tak boleh bayang macam mana perit nak hadap kehilangan anak dalam perut. may Allah gv u the best among the best and rezeki yang tak terjangka, aminnn!

in sha allah ada rezeki lain esok hari,ada sebab tu kenapa dia tak lama tuhan dah rancang segala galanya,semoga mummy tabah dan kuat.selamat berpantang dan elakkan diri dari stress kalau boleh jangan dah fikir apa yang dah berlaku untuk elak rasa sedih dan meroyan😊❤jaga diri

3y ago

Tu lah. Alhamdulilah. Semalam lepas keluar tu da redha dah. Sebab beberapa hari lepas nangis non stop. Fikirkan yang baby tak lama. Tapi semalam da redha. Bila fikir balik. Tak pe lah. Allah sayang. Dia nak uji kan. Thank you bagi kata semangat 🙏🏼♥️

Sy pun pernah gugur 3x... Kali ke 3 macam sis punya ni Alhamdulillah kali ke 4 berjaya survive skrg da 10month baby... Alhamdulillah... so sis jgn sedih2 lama2 ya... In shaa Allah ada lagi yg lebih baik Allah beri akan dtg... Moga kita dpt jumpa baby2 kita nanti di sana in shaa Allah

3y ago

Allah. Kuatnya sis. 3 kali gugur. Saya doakan Allah beri kebahagian dekat sis dan family dekat dunia & akhirat. Alhamdulilah. Bestnya da dapat baby. Semoga baby membesar dengan sihat. Aamin. Doakan rezeki saya ye ♥️♥️

saya keguguran anak pertama bln 12 thun lepas,kandungan da 12w3d..7 bln kemudian dpt tahu pregnant lg..skarang pregnant 13w2d..da nampak janin bergerak2,berenang dan heartbeat..x nak pikir negatif,cuma berharap semua sihat..insyaAllah nanti ada rezeki lain Allah gantikan.

3y ago

Alhamdulilah. Bestnyaaaa. Mesti tak sabar kan. Saya pun tumpang gembira. Aamin. Saya doakan Allah permudahkan segalanya. Jangan banyak fikir. Jangan stress 🌹🌹

Assalamualaikum sis. Semoga kuat yaaa. InshaaAllah ada rezeki untuk sis. Allah uji sbb Allah sayang. Sis kuat dari apa yg sis jangkakan. Peraturan Allah tu cantik. Jangan putus asa yaaa. Semoga dipermudahkan setiap urusan sis ❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Semoga sis kuat ye.. Kita same2 doa semoga cepat2 dikurniakan zuriat.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.. Sama mcm sy sis.. Mase nk keluar tu Allah je yg tahu sakitnya.. Masuk bilik air.. Terus keluar.. InsyaAllah semoga ada rezeki lain lps ni..

3y ago

Same2 sis.. 😘

Allah...alhamdulillah rezeki awak pun gugur mudah mcm tu..ada org kena paksa kluarkan baby..🥲 semoga awak di beri rezeki baby yg sempurna selepas ni..doa ibu² dalam TAP ni semua Insha'Allah, Allah akan makbulkan..aamiin³ yarabbal'alamin

3y ago

ya..🥰 kami semua doakan yg terbaik utk ibu..dh ada baby tunggu awak kt syurga..💕

Semoga kuat sis. Saya pun esok dah 10w. Tp kantung je ada janin tkda, dr bg masa 2w untuk turun sdri, dh 3hari kluar koko2 tggu masa kantung nk kluar. Smoga ada rezeki untuk kita yg mnanti zuriat ni. Aaaminnn🤲🏻💓

2y ago

Awak mcm mana pulak sekarang?