KENA INDUCE UNTUK BERSALIN? APA PERLU SAYA TAHU?

1. Induction of labour atau kena paksa bersalin ialah proses memulakan proses pembukaan jalan rahim secara artifisial. Ianya dilakukan di dalam wad mengandung. Pangkal rahim perlu dibuka sehingga 3-4 cm sebelum puan boleh dihantar ke dewan bersalin. 2. Terdapat banyak sebab mengapa kandungan puan perlu dibersalinkan demi menjaga kesihatan ibu dan keselamatan bayi. Sebagai contoh: - kandungan sudah melepasi tarikh jangka bersalin (7 hingga 10 hari bergantung kepada hospital). Ini kerana risiko bayi membuang najis di dalam air ketuban semakin tinggi dan boleh membahayakan paru-paru bayi. - ibu mempunyai penyakit darah tinggi, kerana risiko tekanan darah semakin sukar dikawal meningkat dengan kematangan usia kandungan - ibu mempunyai penyakit kencing manis semasa mengandung, kerana risiko kematian bayi di dalam kandungan semakin meningkat - bayi yang kecil daripada usia kandungan atau air ketuban yang sedikit, kerana uri sudah tidak mampu lagi memberi zat secukupnya - pecah air ketuban awal tetapi tiada kontraksi dan jalan rahim tidak membuka, kerana risiko jangkitan kuman akan meningkat 3. Cara yang paling "semulajadi" untuk memulakan proses bersalin ialah mengunakan teknik membrane stripping. Doktor akan memasukkan jarinya ke dalam faraj dan pangkal rahim untuk memisahkan selaput ketuban daripada dinding rahim. Prostaglandin akan dirembeskan dan menyebabkan kontraksi. Teknik ini cuma boleh dilakukan jika sudah ada bukaan pada pangkal rahim. 4. Secara jujurnya, membrane stripping memang sakit sikit terutama ketika doktor cuba mencapai pangkal rahim yang masih jauh di dalam faraj. Namun, cara ini selamat dan tiada risiko terlebih stimulasi. Sedikit lelehan lendir dan darah biasanya berlaku selepas prosedur ini. Jika puan mengalami kontraksi selepas prosedur ini, maksudnya ianya kemungkinan besar berjaya dan puan mungkin tidak perlu ubat-ubatan. 5. Induce menggunakan belon (Foley's catheter) juga menggunakan konsep membrane stripping ini. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pangkal rahim dan dikembungkan menggunakan air. Selain memisahkan selaput ketuban daripada rahim, kepala bayi akan menekan belon ini dan membantu membuka jalan bersalin. Ianya tidak melibatkan ubat, oleh itu kontraksi yang terhasil adalah daripada badan ibu sendiri. 6. Cara yang paling banyak digunakan untuk induce ialah memasukkan tablet prostaglandin di dalam faraj. Penggunaan ubat ini mempunyai tahap keberjayaan yang lebih tinggi. Proses memasukkan ubat ini tidaklah sesakit membrane stripping. 7. Sebiji ubat akan dimasukkan setiap 6 jam, maksimum dua biji sehari. Jika puan bertuah, sebiji sahaja sudah cukup untuk memberi kontraksi dan membuka pangkal rahim. Puan boleh menerima sehingga 3 biji ubat (ubat ketiga pada hari berikutnya) kecuali jika puan pernah bersalin caesarean, sudah melahirkan lebih daripada 5 anak, bayi yang kecil atau faktor-faktor lain. Terdapat risiko kecil untuk terlebih stimulasi sehingga menyebabkan bayi lemas dan rahim pecah. Oleh itu puan akan diselia rapi dengan CTG untuk melihatkan denyutan jantung bayi dan kontraksi. 8. Induce adalah untuk membolehkan ibu bersalin secara normal. Apabila jalan sudah membuka 3-4 cm, puan akan dihantar ke dewan bersalin selaput kantung akan dipecahkan bagi membolehkan lebih prostaglandin dirembeskan. Ubat oxytocin akan diberi melalui urat darah jika kontraksi tidak mencapai tahap yang mencukupi. 9. Dengan induction, risiko bersalin secara caesarean adalah sedikit tinggi berbanding biasa. Pangkal rahim mungkin masih tidak membuka selepas maksimum ubat dimasukkan, proses pembukaan pangkal rahim di dewan bersalin mungkin terlalu lama, dan risiko bayi keletihan dan lemas. 10. Adakan cara untuk mengelakkan kena induce? Puan boleh cari dan baca pelbagai tips untuk ini. Pengalaman saya, semuanya saya sudah cuba! Bayi-bayi saya tetap bersalin lebih daripada tarikh, cuma sehari awal daripada tarikh patut kena induce. 11. Yang penting doa je la semoga puan diberi kemudahan untuk bersalin. 😊 Kredit: FB Azreen Zulaikha #induce

KENA INDUCE UNTUK BERSALIN? APA PERLU SAYA TAHU?
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya number 7. Ubat masuk dekat bawah and alhamdullilah saya dipermudahkan. Masuk ubat jam 6 lagi lepas 10 minit contraction terus start and continue sampai jam 8 bukaan dah 6/7cm. Nurse kelam kabut tolak masuk LB and 8.30am sye selamat melahirkan anak perempuan sulung saya. Di induce sbb baby kecil and placenta xde progression utk supply nutrition ke baby. Jgn takut utk induce. Doa supaya process melahirkan baby dipermudahkan. Saya bernasib baik contraction cuma 2 jam je. Tapi dalam tempoh 2 jam tu mcm x ckup nafas menahan sakit

Baca lagi
VIP Member

👌🏻👍🏻👍🏻👍🏻