Baby post date 40minggu 7 hari
Alhamdulillah, setelah sabar menanti, akhirnya bersalin juga seketul kesayangan. Bersalin cara induce, pagi tu, dari wad, bawak semua baju baby, pad +seluar dalam, telekung, air +kurma. turun labor room masuk 1 prostin, sejam lepas tu contraction, tapi tak kuat. Sampai pukul 4.30, doktor induce belon, suruh naik balik ke wad. Bermula la, contraction yang menyeksakan. Lebih kurang pukul 11 malam, maka bermulalah detik pertama pertemuan mak dan anak. Baby girl 3.15kg Anak ke 4 #pengalaman #VBAC #postdate
Read moreSetelah post date 40 minggu 6 hari, maka masa untuk serah diri masuk wad untuk 1 tujuan, beranak. Rasa macam setahun mengandung,dari awal tahun sampai nak masuk akhir tahun, belum bersalin lagi anak ni. Dah 10 bulan dalam perut, dah boleh graduate masuk alam dunia pulak, sayang. Dari awal bulan 10, cuma Braxton Hicks, paling kuat pun contraction takat 5 pain score, itu pun irregular. Gerakan baby aktif, siang dan malam, ibu pun sihat-sihat je, takde masalah GDM, anemia ke apa. Cuma itulah, tak turun tanda nak bersalin. Exercise mcm² buat, minum air selusuh dah 3 botol, masih main² contraction nya. Kata orang, lain anak, lain ragamnya. By the way, due date sepatutnya 23/10, ni dah lajak nak masuk bulan 11 pun.. Petang ni, plan untuk ultrasound scan, dan seterusnya induce belon dulu. Bersiaplah, apa nak jadi pun, semoga Allah mudahkan urusan kami 2 beranak... #sekadarluahan #2023 #postdate #40week+
Read moreTIPS TURUNKAN KUNING BABY UNTUK EXCLUSIVELY BREASTFEED MOTHER
Ok, untuk MENGELAKKAN ibu2 ikut tips bukan2 turunkan kuning baby, saya nak share sikit apa yang saya buat sebagai ibu BLOOD GROUP ‘O’ dan tiga orang anak semua tinggi bacaan kuning (bilirubin) dan dari perspektif seorang doktor perubatan. Alhamdulillah, walaupun maknya jenis darah O dan bacaan kuning agak tinggi tapi takde yang kene pakai lampu (phototheraphy) Ni apa yang saya buat. BAGI BABY MINUM SUSU IBU PAKAI SYRINGE Saya akan bagi baby minum pakai syringe SETIAP SEJAM supaya baby kerap kencing dan berak. Bilirubin pigment (kuning) baby hanya boleh keluar secara fisiologi melalui najis dan air kencing Lagi banyak baby berak kencing--> lagi banyak bilirubin keluar --> lagi cepat bacaan kuning boleh turun. Kenapa syringe? Kenapa tak bagi direct je? Sebab baby yang kuning tinggi ni dia akan SANGAT MENGANTOK, kite letak nipple kt mulut dia kadang dia kemam je, dia TAK HISAP pun. Betul tak? So bila saya trigger minum susu pakai syringe dia confirm dapat minum susu tu, berbanding mengempeng je tapi TAK hisap Tekan syringe ke bahagian buccal mucosa (diantara pipi dan gusi baby bahagian bawah) supaya baby tak tersedak susu dan support belakang baby macam posisi susu botol supaya dapat kurangkan risiko tersedak. Bila dah tengok baby telan baru tekan lagi syringe masukkan amount susu yang selebihnya Lepas dah bagi susu, PASTIKAN SENDAWAKAN (BURP) baby setiap kali selepas proses penyusuan. Kenapa syringe? Bagi susu botol je kan senang Kalau awal sangat kita expose baby pada puting botol nanti susah nak menyusu direct (direct latch), baby akan suka puting botol berbanding puting ibu sebab puting botol bagi dia senang nak hisap. Pernah dengar nipple confuse? Ya, baby akan nipple confuse antara puting mak dan botol transisi antara dua puting ni tak mudah bagi baby yang hanya berusia beberapa hari. Bayangkan dia baru nak belajar hisap(latch) pakai puting mak, lepas tu mak pergi sumbat puting botol susu. Baby akan lebih cenderung untuk minum susu pakai botol. Akhirnya jadilah situasi kita panggil Exclusively pumping (EP) mom kerana baby TAK NAK direct feed, dan ibu terpaksa sentiasa pump dan bagi susu melalui botol. Kalau babydah dua bulan mcm tu nk train bagi susu ibu pakai botol in syaa allah dia dah tak confuse dah Berapa kerap kene bagi susu? SETIAP SEJAM. Waktu malam pun sama, set alarm gilir2 dengan suami untuk susukan baby Macam mana nak sediakan? Lepas pump, saya kan terus masukkan susu perahan dalam syringe 5ml/ 10 ml banyak2 dan simpan dalam bekas tertutup di bahagian chiller (boleh rujuk gambar untuk contoh syringe) Bila nak feed baby, rendam syringe dalam AIR SUAM Rasa dulu dekat tangan jangan terlampau panas, dah rasa suhu susu, baru beri pada baby -Pastikan tangan bersih dan barang-barang perahan dan barang-barang simpanan susu disterilize dengan baik INGAT NI ! Kalau LAGI MENGANTOK BABY, lagi tinggi level bilirubin dia...memang petanda nak kene phototheraphy lah tu, kalau kita layan mengantuk dia, susu 3-4 jam sekali je, lagi tinggilah bilirubin dia. Kalau mengantok sangat memang anak tak hisap, dia kemam sahaja, memang susah bilirubin nak keluar sebab baby tak banyak kencing dan berak BERAPA BNYAK KENE BAGI? 5ml? 10 ml? kalau utk baby yg berusia benerapa hari dan setiap sejam kita bagi susu 10-15 mls dh cukup BABY KUNING TINGGI KENAPA KENA BUAT RAWATAN LAMPU(PHOTOTHERAPHY)? Cahaya lampu phototheraphy boleh memecahkan bilirubin ke dalam bentuk yang boleh disingkirkan oleh badan melalui air kencing dan najis tanpa melalui hati (LIVER). Jadi bilirubin lebih senang dikeluarkan dari badan. Jika Kuning(bilirubin) sudah terlalu tinggi boleh ROSAKKAN TISU OTAK atau kita panggil sebagai kernicterus. Sebab tu doktor akan suruh monitor hari2 sebab dalam masa 24 jam sahaja bacaan boleh naik mendadak. Kalau anak sudah disarankan masuk hospital jangan menidakkan atau tidak mengikut sarananan doktor. Anda perlu ikut saranan doktor, jika anda skip follow up dan level bilirubin sudahpun terlalu tinggi mungkin baby memerlukan PENUKARAN DARAH (Exchange tranfusion). Lebih baik melalui phototheraphy daripada tukar darah atau baby mengalami kerosakan otak kan? Saya tahu kalau baby masuk hospital baby kene cucuk banyak kali sampai boleh lebam2 tangan baby sebab susahnya nak ambil darah baby. Ambil darah ni doktor memang terpaksa buat kerana bacaan kuning bayi boleh mendadak naik dalam masa beberapa jam sahaja dan memerlukan intervensi berlainan berdasarkan bacaan kuning(bilirubin). Oleh itu, ibu2 boleh berusaha keras sikit dengan kerapkan penyusuan susu kepada baby, memang tak dapat tidur straight dan agak penat. Tapi hari demi hari tengok bacaan makin turun,kita akan lebih bersemangat. Pada masa yang sama, PERLU DATANG FOLLOW UP UNTUK CHECK DARAH YA! Jgn skip. BERAPA bacaan kuning yang memerlukan phototheraphy? Boleh tanya doktor, sebab bacaan ‘threshold’ phototheraphy untuk setiap bayi BERBEZA-BEZA mengikut risiko: - KUMPULAN DARAH MAK - BAYI MATANG/KURANG MATANG (PRETERM BABY) - G6PD rujuk dlm gambar level phototherapy anak saya 310 (setiap Klinik kesihatan lain2 UNIT, dan cara record bacaan) kalau tak pasti, tanya😇 Kalau kita tahu , BERAPA bacaan kuning yang memerlukan phototheraphy kita akan lebih aware perlu kekerapan macam mana untuk feed baby Bila dh turun sikit, tapi masih tinggi dan hampir ke level phototheraphy, jangan selesa sangat teruskan feeding setiap 1 jam Bila bacaan dah jatuh dan sudah jauh dari level perlukan phototherapy dan boleh jarakkan sikit 2-3jam feed. Kalau baby dah tak mengantok dan boleh hisap susu dengan konsisten, TIDAK TERTIDUR SEMASA PENYUSUAN DIRECT, SUDAH TIDAK PERLUKAN BANTUAN SYRINGE. Kenapa ibu BLOOD GROUP O risiko baby kuning tinggi? Ibu-ibu blood group O jangan sedih2 tau sebab bila dah jaga makan waktu pengandung pun setiap anak mesti kene kuning😣 Ok, mak2 group O ni, antibody dalam darah dia special sikit, SAIZ MOLECULE ANTIBODY DARAH GROUP O BERSAIZ LEBIH KECIL DAN BOLEH MELALUI URI (CROSS PLACENTA) dan bocor sikit masuk dalam saluran darah janin. So, antibody ni akan pecahkan sel darah merah bayi dan disebabkan hati(liver) bayi masih belum matang sepenuhnya, akan terkumpul banyak sangat bilirubin dalam saluran darah bayi. kalau ibu darah O dn suami anda jugak O mungkin baby anda x kuning tingggi sbb baby anda juga darah O, so antibody darah O ibu yg termasuk dalm baby tu tak effect sgt baby so untungla mak2 darah O dn suami nya pun O🥰 Kenapa tak boleh makan JAMU kalau baby kuning? Ok, kite tak tahu secara tepat kandungan jamu ni boleh masuk atau tidak melalui susu badan dan masuk kedalam baby tetapi terdapat kemungkinan kandungan jamu ni boleh melalui susu badan. kalau ada kandungan JAMU ni yang masuk kedalam darah baby, HATI(liver) yang akan proses jamu ni. Baby punya HATI tengah bekerja keras untuk tapis bilirubin keluar dari darah kemudian kita tambah beban kerja HATI itu dengan makan jamu Sebab tu doktor tak suggest makan Jamu waktu baby kuning. Akan tambah workload HATI baby utk buat kerja tapis jamu pulak kalau ad ibu2 atau lactation consultant yg nak share tips boleh share dkt sini jugak kalau tips ni x berkesan jgn sedih2, phototheraphy is not that bad treat it as the time that you can replenish bit if your energy since the baby is in good hand in the hospital and continue to pump 2 hourly dan bagi susu perahan pada misi2 supaya anak kita terus dpt benefit susu ibu tu Wallahua'lam Kredit: FB Marlyana Termizi #newborntips #tipsturunkankuningbayi #babykuning #babyjaundice #tipsturunkanbacaankuning
Read more"CARA URUTAN PERINEUM UNTUK MEMUDAH PROSES BERSALIN" . Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu para ibu memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui kelak. . Para ibu dinasihatkan untuk memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang faraj bermula daripada minggu ke 34 kehamilan sehingga tiba saat mahu melahirkan. Kajian menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan koyakan pada bahagian perineum. Lalu, mengurangkan risiko episotomi yang biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikt bahagian faraj untuk melancarkan laluan bayi. . Lebih daripada itu, kebanyakkan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan. . Urutan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah, satu hinga dua kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber semulajadi. Antaranya minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia. . Selain daripada diri sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali melakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi. Lazimnya selepasmandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. . Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar para ibu mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini. Kredit: FB kelab ikhtiar hamil #urutanperineum
Read moreKENA INDUCE UNTUK BERSALIN? APA PERLU SAYA TAHU?
1. Induction of labour atau kena paksa bersalin ialah proses memulakan proses pembukaan jalan rahim secara artifisial. Ianya dilakukan di dalam wad mengandung. Pangkal rahim perlu dibuka sehingga 3-4 cm sebelum puan boleh dihantar ke dewan bersalin. 2. Terdapat banyak sebab mengapa kandungan puan perlu dibersalinkan demi menjaga kesihatan ibu dan keselamatan bayi. Sebagai contoh: - kandungan sudah melepasi tarikh jangka bersalin (7 hingga 10 hari bergantung kepada hospital). Ini kerana risiko bayi membuang najis di dalam air ketuban semakin tinggi dan boleh membahayakan paru-paru bayi. - ibu mempunyai penyakit darah tinggi, kerana risiko tekanan darah semakin sukar dikawal meningkat dengan kematangan usia kandungan - ibu mempunyai penyakit kencing manis semasa mengandung, kerana risiko kematian bayi di dalam kandungan semakin meningkat - bayi yang kecil daripada usia kandungan atau air ketuban yang sedikit, kerana uri sudah tidak mampu lagi memberi zat secukupnya - pecah air ketuban awal tetapi tiada kontraksi dan jalan rahim tidak membuka, kerana risiko jangkitan kuman akan meningkat 3. Cara yang paling "semulajadi" untuk memulakan proses bersalin ialah mengunakan teknik membrane stripping. Doktor akan memasukkan jarinya ke dalam faraj dan pangkal rahim untuk memisahkan selaput ketuban daripada dinding rahim. Prostaglandin akan dirembeskan dan menyebabkan kontraksi. Teknik ini cuma boleh dilakukan jika sudah ada bukaan pada pangkal rahim. 4. Secara jujurnya, membrane stripping memang sakit sikit terutama ketika doktor cuba mencapai pangkal rahim yang masih jauh di dalam faraj. Namun, cara ini selamat dan tiada risiko terlebih stimulasi. Sedikit lelehan lendir dan darah biasanya berlaku selepas prosedur ini. Jika puan mengalami kontraksi selepas prosedur ini, maksudnya ianya kemungkinan besar berjaya dan puan mungkin tidak perlu ubat-ubatan. 5. Induce menggunakan belon (Foley's catheter) juga menggunakan konsep membrane stripping ini. Tiub getah akan dimasukkan ke dalam pangkal rahim dan dikembungkan menggunakan air. Selain memisahkan selaput ketuban daripada rahim, kepala bayi akan menekan belon ini dan membantu membuka jalan bersalin. Ianya tidak melibatkan ubat, oleh itu kontraksi yang terhasil adalah daripada badan ibu sendiri. 6. Cara yang paling banyak digunakan untuk induce ialah memasukkan tablet prostaglandin di dalam faraj. Penggunaan ubat ini mempunyai tahap keberjayaan yang lebih tinggi. Proses memasukkan ubat ini tidaklah sesakit membrane stripping. 7. Sebiji ubat akan dimasukkan setiap 6 jam, maksimum dua biji sehari. Jika puan bertuah, sebiji sahaja sudah cukup untuk memberi kontraksi dan membuka pangkal rahim. Puan boleh menerima sehingga 3 biji ubat (ubat ketiga pada hari berikutnya) kecuali jika puan pernah bersalin caesarean, sudah melahirkan lebih daripada 5 anak, bayi yang kecil atau faktor-faktor lain. Terdapat risiko kecil untuk terlebih stimulasi sehingga menyebabkan bayi lemas dan rahim pecah. Oleh itu puan akan diselia rapi dengan CTG untuk melihatkan denyutan jantung bayi dan kontraksi. 8. Induce adalah untuk membolehkan ibu bersalin secara normal. Apabila jalan sudah membuka 3-4 cm, puan akan dihantar ke dewan bersalin selaput kantung akan dipecahkan bagi membolehkan lebih prostaglandin dirembeskan. Ubat oxytocin akan diberi melalui urat darah jika kontraksi tidak mencapai tahap yang mencukupi. 9. Dengan induction, risiko bersalin secara caesarean adalah sedikit tinggi berbanding biasa. Pangkal rahim mungkin masih tidak membuka selepas maksimum ubat dimasukkan, proses pembukaan pangkal rahim di dewan bersalin mungkin terlalu lama, dan risiko bayi keletihan dan lemas. 10. Adakan cara untuk mengelakkan kena induce? Puan boleh cari dan baca pelbagai tips untuk ini. Pengalaman saya, semuanya saya sudah cuba! Bayi-bayi saya tetap bersalin lebih daripada tarikh, cuma sehari awal daripada tarikh patut kena induce. 11. Yang penting doa je la semoga puan diberi kemudahan untuk bersalin. 😊 Kredit: FB Azreen Zulaikha #induce
Read more🌹 Bila Allah kurniakan anak yg ramai kadangkala kita rasa serabut, namun renungkan org yg masih belum dikurniakan anak walaupun telah berkahwin bertahun-tahun. Serabut kita lebih bahagia dari sunyi tangisan anak2 yg diharapkan. 🌹 Bila rasa suami yg dimiliki tidak sempurna, sepertimana suami orang lain, maka renungkanlah insan2 yg Allah pilih masih tidak punyai suami. Org bujang , single mother and single parent. 🌹 Bila kita ada kereta namun tak semewah org lain, renungkanlah org yg hanya ada motorsikal. Sayu tgk bawak ank kecik dgn motorsikal harungi panas dan hujan. Kita ada 1000 alasan utk mengeluh, dan terus mengeluh kerana kita punya beribu impian yang tidak dipenuhi. Namun andai kita ingin merasai kebahagiaan, kita mesti merenung org yg kurang dari kita, daripada kita mendongak tinggi melihat org yg punyai lebih dari apa yg kita ada. Kita harus cuba dan terus mencuba menjadi yang terbaik agar kita tahu erti syukur adalah kunci bahagia. #syukuralhamdulillah #tapSupermoms
Read moreManfaat Madu Bagi Wanita Hamil
Manfaat Madu Bagi Wanita Hamil “Doktor, boleh ke minum madu semasa hamil?” Mengambil madu adalah amalan baik bagi wanita hamil. Ia membantu mengatasi masalah berkaitan dengan kehamilan, terutama bagi wanita yang tidak gemar menggunakan ubat sintetik bagi mengatasi masalah-masalah tersebut. Ramai yang tidak sedar bahawa madu adalah salah satu ubat natural yang lama digunakan berkurun lamanya dalam merawat beberapa penyakit ringan dan berat. Di dalam madu terdapat komponen antiradangn dan antibakteria. Jika dikombinasi dengan bahan natural yang lain seperti halia, cengkih, kayu manis dan lemon, khasiatnya semakin baik. 1. mengurangkan batuk Untuk mengurangi batuk akibat lendiran pada kerongkong, kita boleh mencampurkan satu sudu makan madu ke dalam satu cawan susu panas. Cara lain ialah dengan mencampurkan tumbukan bawang putih atau perahan lemon ke dalam madu. Simpan di dalam botol kaca selama seharian. Ambil satu sudu makan campuran ini untuk meredakan batuk. 2. meredakan hidung tersumbat Madu dapat mengurangi masalah hidung tersumbat, yang biasa berlaku di kalangan wanita yang hamil. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau sambal ke dalam air hangat. Banvuh sehingga sebati dan minum perlahan-lahan apabila air mula menjadi suam. 3. mengurangkan rasa sakit tekak Madu memiliki komponen antiradang yang dapat mengurangkan rasa sakit tengkok. Campurkan satu sudu makan madu dan perahan lemon atau limau nipis dalam air hangat. Apabila menjadi suam, kumur-kumurkan campuran sehingga rasa di tekak. Kemudian ia boleh diminum. 4. mengurangi rasa mual (morning sickness) Rasa mual biasa dialami oleh wanita yang hamil terutama di awal kehamilan akibat perubahan hormonal. Campuran madu dengan perahan lemon atau cuka (khall) epal akan mengurangi rasa mual. 5. mengatasi rasa pedih perut (gastritis) Ketika hamil pencernaan makanan agak perlahan akibat perubahan hormonal dan pembesaran saiz rahem yang menekan usus dan perut membuatkan wanita yang hamil mudah mengalami masalah penghadaman. Ramai juga yang mengalami rasa pedih perut di akhir kehamilan. Satu sudu makan madu dengan segelas susu panas dapat mengurangi tidak selesa ini. 6. menjaga kesihatan am ibu dan anak dalam rahim Antioksidan yang kaya dalam madu akan meningkatkan kesehatan tubuh wanita yang hamil dan ia membantuk perkembangan janin. 7. mencegah pertambahan berat badan yang berlebihan Madu adalah produk yang dihasilkan oleh lebah secara natural. Ia boleh dijadikan sebagai pemanis pengganti gula putih. Secara tidak langsung mengurangkan pertambahan berat badan yang diakibatkan oleh pengambilan karbohidrat ringkas yang banyak. 8. mencegah alahan akibat kehamilan. Madu juga membantu mengurangkan reaksi alahan ketika hamil (terutamanya pada kulit seperti ruam, gatal dan kekeringan) kerana madu mempunyai komponen antiradang. Banyak lagi manfaat madu yang dapat diperolehi jika diamalkan setiap hari. Madu yang selamat digunakan oleh wanita hamil adalah madu yang telah melalui proses pasteurisasi (pasteurized honey). Ini merupakan proses pemanasan singkat hingga 72 darjah celcius untuk membunuh bakteri- bakteri boleh menyebabkan penyakit. Bagi mereka yang gemarkan madu yang tidak dipanaskan begini, carilah madu yang dipercayai mutu dan kebersihannya. Banyak jenis madu yang dituai secara berhati-hati bagi mengawal mutu dan kebersihan agar dapat diambil secara mentah. #DrZubaidi #sayasedanghamil #sesudumadu #bukansebotol
Read more