Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Hoping for a child
Macam ruam
23&24/9 demam panas kat kepala panas sangat, jadi saya basahkan kepala anak dengan air. Isnin tu bangun dah tak demam tapi masih tak bermaya. Saya pergi lah kerja macam biasa, balik kerja saya tengok dah macam ni. Mak saya kata mula nampak jam 3ptg. Selama ni tak pernah kene apa² ruam atau alergik. Malam tidur pakai aircond, tapi tetap berpeluh. Cuma malam tadi je lah. Hari sebelum² ni ok je. Minum susu pun kurang, saya risau je. Ada lagi yang merisaukan saya. Pagi tadi anak saya terjaga jam 6 - 7 am menangis tanpa henti. Pukul 7 tu dia dah penat nangis baru dia tidur. Itu pun atas perut saya. Apa perlu saya buat 😭 anak first tak pernah kene macam ni.
38 Week 3 Day
Tak sabar betul tunggu baby keluar selalu cakap dengan baby keluar sebelum due. Anak pertama induce sebab GDM, yang kedua takde GDM tapi ada GBS, tahu pun masa 36@37 week hari tu. Harap sangat baby keluar sebelum due, doakan saya ya mummy² semua. Sekarang sakit di bahagian kemaluan dan kangkang.
Keputihan hijau
Hai ibu2, saya ada keputihan hijau. Keputihan tu membuatkan faraj saya gatal sangat. Saya dah bagi tahu kk, dan kk dah ambil sample keputihan tu. Tapi kk takde bagi ubat untuk tahan gatal tu atau apa apa ubat. Risiko tak pada baby dalam perut ? Keputihan tu membuatkan saya tak selesa. Ada tak ibu2 yang mengalami keputihan macam saya ?
Detail Scan
Saya buat detail scan di hospital kerjaan. Dapat ambil gambar mcm ni je kenangan yang ada ❤️ doktor kata baby sihat, alhamdulillah 🤲🏻 semoga baby terus sihat, ameen #firstbaby
Jus Delima
Salam Ibu ibu nak tanya, kandungan saya 10 week dah. Saya ada beli jus delima brand ni. Agak agak boleh ke untuk ibu mengandung ? Saya tanya orang jual tu dia kata boleh minum, tapi saya was was pula bila dah beli ni. #firstbaby
Chezzy Wedges KFC
Assalamualaikum ibu ibu, nak tanya saya ni mengandung baru 2 bulan, saya nak sangat makan chezzy wedges dgn cheese sekali. Boleh ke ? Ada yang kata tak boleh. #1stimemom