Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mommy to MAF
Berpantang makan ketika menyusu
Ibu-ibu yg mmg menyusu baby, makanan apa yang kena pantang supaya baby tak dapat masalah kembung perut, gas & asyik kentut? Please help 🙏🏻 Anak sy baru sebulan, bf + fm
Kulit baby bintik-bintik jerawat
Hi nak tanya, baby sy naik bintik-bintik merah macam jerawat. Pipi kanan & pipi kiri. Pagi tadi sy check, ada naik sikit kat badan dia which is dekat bawah leher. Normal ke baby ada acne? Please help #firsttimemom
Pengalaman GBS
Siapa ada pengalaman ada positive GBS semasa mengandung & bersalin? Anak sihat tak atau terkena infection jugak? Anak saya buat CRP test, 99.8 which is too high. Kena admit & on antibiotic in 5 days. Please share pengalaman korang & bg kata2 semangat kat saya 😢 #firsttimemom #pleasehelp
Selamat bersalin
Alhamdulillah semalam 24/10, sy selamat bersalin baby boy 3.1kg secara normal. Due date 25/10, genap 39 weeks 6 days baby keluar. Masuk labour room jam 7.00 am, 9.58 am selamat melahirkan. Saya doakan yg mana blm ada tanda, dipermudahkan segala urusan & yg sedang menunggu untuk bersalin, keep fighting 💪🏻
Sakit kepala teramat sangat & cirit birit
Hari ni genap 39 weeks pregnant anak sulung, belum ada tanda nak bersalin lagi. Bangun pagi cirit birit disertakan sakit kepala teramat sangat. Tak tau kenapa #pleasehelp
37 weeks & still kerja
Siapa mcm sy yg tgh menunggu hari & masih kerja? Serba serbi tak kena ni 😅 nak duduk sakit, nak diri pun sakit. Korang ambik mc atau unpaid leave sementara tunggu masa bersalin? Atau teruskan bekerja & cuti bila start ada tanda? Share sikit pengalaman korang 🙏🏻
Kaki membengkak
Ada ibu2 yang pregnant sekarang kaki membengkak? Mcm mana uolls atasi masalah kaki bengkak ya? Sy tgk ada yg suggest pakai compression socks #pleasehelp
Perut berdenyut
Hi mommies, siapa ada experience perut/kandungan berdenyut? Mcm nadi berdenyut tapi tak ada tanda sakit. Saya dah masuk 33 weeks, baby bergerak seperti biasa cuma since awal pagi perut rasa berdenyut. Normal ke macam ni?
Baby tak nak tunjuk muka bila scan
Anyone ada tips macam mana nak bagi baby pusing tunjuk muka bila scan? Kalau pergi scan je mesti baby menyorok 😂 end up tak dapat nak tengok. Nak kira jari dia pun dia sorok tangan dia. Suka betul main sorok & nak surprise kan kita 😂
Ambik CL atau urus sendiri
Hi, sy bakal bersalin 25/10. Nak tanya uolls ambik confinement lady (CL) atau urus sendiri? Sy bersalin di rumah sendiri, mak memang dah tak larat nak jaga. Mak mertua datang & stay dlm seminggu. Uolls macam mana?