Marni profile icon
PlatinumPlatinum

Marni, Malaysia

Kontributor

About Marni

Got a bun in the oven

My Orders
Posts(21)
Replies(100)
Articles(0)

Saja Share Pengalaman

Hye mommy. Sya nak taip panjang2 skit nak share psl prgnncy sya. ( skrg masuk 3rd trimester) Sy umur 30. Nikah thun lalu bulan 6. Bln 7 tu sy mmg beli bnyk2 prgnncy test dkt Watson,guardian,farmasi. Bln 7 kecewa xda hasil. Bulan 8. Hritu. Sy tgk tgh hindustan tv3 hari sabtu. Tiba2 trnmpk ada 1 LG upt x trguna. Sy pun Cuba la. Masa dkt toilet tu da nmpk 2line. Tp sb xprcya. Sy ambil kunci kreta memandu pergi guardian beli 2 lagi upt Nak guna 1 lg msa malam. Dan 1 LG msa sbuh esok hari. Alhamdulilah positif. Selang sehari, wktu tu petang suami balek kerja. Lepas tu dia bebel2 la psl kerja dia bnyk harini. Sy pun dengar ja. Tp dia xthu sy letak upt double line dekat beg dia yg 1 LG. So sy saja la suruh dia ambil kan Sy brg dkt beg dia tu. Sy ckp ada brg sy letak d situ. Suami buka beg tgk upt tu. Dia belek2 upt tu. Dia ckp apa benda ni yang. Dia Google dlu. Lepas tu dia sjud syukur. Tnya sy betul ka. Betul ka. Sy ckp iya. Dia pun Menangis. Perjalanan kehamilan pun bermula - dlm bulan 8 jugak sb tlmpau excited 2hari lepas bgtau suami, kami pun sepakat ke klinik swasta utk double confirm. Sb skrg ni kan bnyk chemical pregnancy.wktu tu lepas mghrib masa pergi tu doc ckp kndungan dlm 4-5 minggu so xble tgk LG dkt scan. So doc suruh dtg LG dlm 2-3minggu.waktu ni hanya sya Dan suami saja thu. Kami xmhu bgtau orang lain sebab ikut pntang org tua slgi xpsti Sgt jgn share. Hehehee Bulan 9 pun tiba Sya Dan suami pergi lgi, alhamdulilah kali ni nmpk da kecik2 dlm perut. At least ada tnda ya sya mengandung. Esok harinya sy da bincang dgn suami biar ja sy berklinik d gov. Klu swasta utk. Scan shja. So pergila dkt kkia. Nak buka buku pink. Nurse situ bg 1 tarikh dtg bawa sjil nikah gmbar Dan ic copy Bulan 9 tu jgk sy buka buku pink d kkia. Masa ni OK LG sy bru dlm 2bulan pgnt mcm tula. Lepas ja Dr kkia pert a kali bermulala hidup sya yg indah tp perit hahhahaha Sya mual muntah. Stp kli makan muntah minum muntah. Doc kkia ckp normal sb 1st trimester nti da msuk 4-5 bulan hilang la tu. Bygkan sy dkt office toilet jauh d blkng, kdg xsmpat masuk. Toilet dpn pintu da muntah. Xboleh bau tumis, ikan, Daging.semua benda masuk KELUAR balek. Masa bulan 10, alahan makin teruk, sy demam selesema hidung trsumbat dan batuk. Pergi klinik swasta bnyknya ubat mreka bg. Dlm. Sbulan mcm tu sy xsihat xlncar pernafasan. Bygkan sy muntah LG. Stp malam sy trbgun suami urut2 blkng. Smpai sy trtidur duduk. Sb kalau baring xble brnafas. Ada 1 ketika sy Menangis, suami pun ikut Menangis. Dia tgk betapa seksanya sy. Tp dikuatkan diri sb anak prtma mungkin alahan truk kan huhuhu Bulan 11. Alahan makin truk. Berat sy trun mendadak smpai 4-5kilo. Doc tkjut. Mreka suruh sy bnyk2 makan buah. Sy da Cuba smua jenis buah sy makan rasanya tp smua kluar balek. So doc bg sy ubat tahan muntah. OK sy pu makan. Dlm bulan 11 tu alahan ttp truk. So doc tukar LG ubat Dan tukar Dan tukar LG. Smpai la 5kli tukar ubat thn muntah. Bulan 12. Sya mmg da xmasak suami yg masak. Apa ja sy makan mmg muntah. Wktu tu sy da lemah Sgt smpai suami kejarkan sy ke emergency. Sy d masukan air sb kerap muntah. Esokny sy kena kerja sb ada kerja urgent dgn staff. So sy request dkt doc jgn than sy d ward. Esok sy kerja stghri ja. Jam 12 da balek. Doc pun benarkan. Bulan 1 2020 Sy bt details scan. Alhamdulilah it's a princess. Sy bt scan dkt swasta. Mreka ada bg sy ubat tambah selera Dan ubat thn muntah. Tp mcm biasa la xkebal. Sy masi muntah LG truk smpai kluar Dr hidung. Sy nasi sup Mee roti oat buah sgala jnis makan mmg xble hadam. Berat sy trun lgi. Tp alhamdulilah massa scan details tu baby sihat malah baby besar Dr usia kndungan. Can u imagine? Ahhahahha mommy nya muntah2 tp baby still mmbesar dgn baik. Alhamdulilah kuasa Allah Bulan2 Rutin berklinik d kkia d TERUSKAN dgn minum Air gula. Alhamdulilah smua Ok. Cuma berat trun. Myb sy gemok Sgt. So berat nak diseimbangkan supaya sy senang bersalin hehhahaha kata2 doc yg ingin menyenangkan hati. Sb sy da 6 bulan msa tu still LG alahan teruk. Doc pun da surrender nak tukar ubat. Masa 6bulan sy ada buasir LG. Benjolan trkluar. Tp xsakit xda darah. So doc ckp xapa lepas bersalin akan d bg ubat reda bengkak. Skrg BULAN 3 2020. Harini usia kndungan masuk 30w. Alhamdulilah masih dgn alahan truk. Suami Hari2 suap makanan kalu dia balek kerja. Sb nak harap sya mmg sy jenis makan sikit lps tu muntah terus smpai trduduk dkt tndas. Baby sy pun aktif gerak sna gerak sni walau mommy dia muntah2. So nasihat sy dgn mommy2 yg xda alahan tu, bersyukur la. Alahan tu Sgt sakit sbnrnya. Dan bg momy2 yg ada alahan mcm sy, Dr 1-3 trimester sabar. Walau pun ada kalanya trpksa Menangis menahan sakit. Mungkin ada hikmah. For mommy out there, buatla detail scan utk kita thu keadaan baby kita. Jgn bt scan 5d saja heheehhe. Sya doakan smua kita d sni slmt bersalin. Dan dianugerahi kesihatan yang baik. Amin Esok sy p klinik lg. Edd 4/6.. #stayathome

Read more
VIP Member
 profile icon
Write a reply